Dah 2 tahun pandemik, ini kali pertama kena swab
Ahad, 23 Januari 2022, 6:40 pm0
Self-test kit #Covid19 ni ada pelbagai jenama & cara untuk test. Untuk kit ini, dalam satu kotak ini boleh guna untuk test guna air liur ataupun secara swab – cucuk lubang hidung.
Saya dah tengok video penerangan test kit ini, dan ia ada tunjukkan bahan atau radas yang disediakan dalam kotak, untuk jalankan ujian secara air liur atau swab lelangit hidung.
Tapi bila nak guna, saya jumpa batang berkapas yang digunakan untuk buat swab lubang hidung dulu, jadi saya ingat terpaksalah hanya guna cara tersebut.
Jadinya, awal² pagi pergi mencucuk lubang hidung, hingga ke lelangit dalam hidung, pastu putar² perlahan batang swab tersebut untuk ambil sampel. Ngilu² rasanya sampai dalam otak, hidung yang tersumbat jadi terbuka lancar .
Bila dah habis ambil sampel, kumpul sampel cecair dari lelangit hidung ke satu bekas yang ada berisi cecair khas untuk melarutkan sampel tersebut. Picit² sikit kapas swab untuk pastikan semua sampel masuk ke dalam bekas kecil tersebut. Pastu biarkan selama seminit.
Kemudian tutup bekas tadi dengan satu penutup berlubang, yang direka untuk menitiskan cecair sampel ke kad ujian. Kad ini ada satu rongga untuk menitiskan air sampel, dan satu bahagian untuk melihat keputusan ujian, dengan tanda garis seperti kit ujian kehamilan.
Dah habis buat semua test ini, bila bungkus balik semua peralatan kit, baru jumpa radas yang digunakan untuk membuat ujian air liur, seperti cawan kertas & penitis. Beza ujian air liur ialah ia lebih mudah, hanya ludahkan air liur dari tekak & guna penitis untuk dicampurkan dengan cecair ujian sampel.
Ujian ini dibuat sebab requirement syarikat, dan keputusannya ialah, saya masih boleh datang ofis .
24 Januari 2022
Punyalah tebal debu kat lantai
22 Januari 2022