Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mencuba nasi ayam kari hijau

272340953_461833408719807_4362964182466972856_n.jpg

Isnin, 24 Januari 2022, 9:45 pm0

Kelainan makanan ini ialah ia disertakan sekali flameless ration heater – paket yang mengandungi bahan yang menghasilkan haba untuk tujuan memanaskan makanan apabila terkena air. Selalu tengok video Rirang girl camper ada guna heat pack ni, nak try jugak macam mana cara guna.

Mungkin heat pack yang ini kecil, ataupun tak cukup air. Bila letak air saya expect ia akan menjadi panas dengan bunyi seperti periuk tekanan tinggi hingga wap air menembak keluar, tapi sedikit saja buih² & wap yang keluar dalam 5 minit pertama.

Lepas tu heat pack ni jadi suam saja, tak panas sangat seperti air mendidih. Agaknya memang tujuannya tak nak bagi panas sangat, nanti cair bekas plastik 😅.

Berkenaan menu nasi ayam tu pulak, ok sedap rasa kari dia. Ada rasa macam kari untuk ikan pulak. Mungkin sebab ada daun basil kat situ. Pastu ada letak terung pipit jugak, kat bungkusan dia tulis terung Thai. Agak pedas, tapi perut saya masih boleh terima, pagi² tak ada kejadian letusan berlaku 😂.

Tengok video test taste menu ni:

@azwan082_my

Mencuba nasi ayam kari hijau. #makan #camping

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Harga sebungkus RM14.90, beli kat Giant. Pada pendapat saya, makanan begini sangat sesuai untuk bawa pergi , atau ber-peknik tepi pantai. Tak perlu packing banyak sangat barang untuk memasak.

Kat sepanjang highway Lim Chong Eu kat Bayan Lepas ada pantai yang baek punya untuk bersantai & berkelah. Nanti² nak jugak buat video masak camping kat sana 👍.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/461833595386455/

Pingback: Mencuba menu sedia dimakan Chindoo

Tulis komen: