Mencuba menu sedia dimakan Chindoo

Sabtu, 28 Mei 2022, 5:55 pm198

Sebelum ni saya ada cuba produk Chindoo jenis self-heating ⁽¹⁾. Kali ni terjumpa lagi kat Giant jenis menu sedia di (ready to eat), hanya perlu panaskan dalam air panas atau guna microwave.

284137490_539537584282722_173677850047153713_n.jpg
Tiga menu daripada Chindoo.

Kalau cari online, akan terjumpa brand yang lebih kurang sama nama dia – Chim Doo. Logo & ejaan sedikit berbeza, tapi kedua² produk dari Thailand.

283972733_539537594282721_2692856260016373396_n.jpg
Kari ayam massaman.

Rasa kari ayam ni sama macam kari ayam Adabi dalam tin.

283161391_539537614282719_5939186232445110953_n.jpg
Ayam tumis halia.

Tak berapa rasa sangat halia, mungkin sebab dah dibungkus lama, hilang rasa halia. Kuah dia macam kuah sizzling, sedikit pekat.

284488257_539537620949385_474222386120745229_n.jpg
Ayam tomyam.

Yang ini memang kuah tomyam standard.

Kesemua menu ni, isi ayam dimasukkan sedikit sangat, hanya beberapa serpihan isi saja. Adakah kilang kat Thailand pun mengalami kekurangan bekalan ayam 🐓? ⁽²⁾

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/mencuba-nasi-ayam-kari-hijau/
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/958881/bekalan-ayam-masih-kurang-peniaga-resah

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/539537764282704/

Tulis komen: