Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Masakan pertama di dapur baru, kari daging kambing Brahim’s

273269514_468867494683065_2519481327026132059_n.jpg
273298913_468867491349732_15055761218573972_n.jpg

Sabtu, 5 Februari 2022, 2:30 pm0

Lepas cuba masak kari daging guna kari roux sebelum ni ⁽¹⁾, saya dapati cara masak begini sangat mudah, tak perlu banyak sangat bahan & memerlukan perkakas yang minimal.

Ramuan

Bawang besar, tomato, lobak merah, kentang, daging kambing, kuah kari daging Brahim’s.

Penyediaan

Saya masak dalam periuk non-stick guna induction cooker. Mula² letak sikit minyak masak dalam periuk.

Potong bawang ikut cara sendiri suka, pastu letak terus dalam periuk. Begitu juga dengan tomato, lobak merah & kentang, potong² terus letak dalam periuk. Kentang tu sudah tentu kena dikupas dulu kulit.

Kemudian, potong daging kambing ikut saiz mudah kunyah & masuk terus atas timbunan sayuran tadi dalam periuk.

Cara masak

Induction cooker saya ada 3 mod, 5 paras kuasa & timer. Untuk mula masak, saya guna mod ‘fry’, paras kuasa no. 1 (api kecil) & set timer 15 minit, sambil periuk ditutup untuk memerangkap haba & wap air.

Ini akan memanaskan bahan² secara perlahan² sehingga wap air keluar dari sayuran & naik ke atas memanaskan daging kambing.

Selepas 15 minit tamat, masukkan kuah kari daging Brahim’s, gaul sikit untuk campur aduk kesemua daging & sayur, kemudian mulakan semula induction cooker. Sama setting – mod ‘fry’, paras kuasa no. 1 & timer 15 minit, sambil periuk ditutup.

Sementara daging tengah dimasak, jangan lupa masak nasi jugak 😁.

Saya tak tambah garam atau bahan perisa lain, tapi bila rasanya tetap cukup, pedas pun sederhana.

Masak banyak ni, dapat simpan lebihan dalam peti sejuk untuk 3 hidangan lagi 👍.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/11/resipi-kari-kambing-tanpa-minyak-air/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/468867538016394/

Pingback: Mencuba roti garlic naan brand Mission

Pingback: 4 hari tak dapat berjalan

Tulis komen: