Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara supaya NetBeans IDE dapat akses folder Documents dalam macOS Catalina

276166917_497689045134243_586356496435354867_n.jpg

Khamis, 24 Mac 2022, 8:55 pm0

Saya letak folder projek untuk web development dalam folder Documents, dan guna IDE untuk buat kerja. Kalau tak install version yang spesifik, nanti NetBeans tak dapat buka folder projek dalam Documents sebab masalah permission (access denied).

Catalina yang saya guna ialah versi 10.15.7. Ini versi Java yang kena di-install supaya dapat fix masalah permission ini:

Java SE Development Kit 8u301 – https://www.oracle.com/java/technologies/javase/javase8u211-later-archive-downloads.html

Mesti pilih spesifik versi JDK 1.8.0_301, barulah nanti NetBeans dapat create atau buka folder projek dalam Documents.

Untuk NetBeans pula, saya guna versi 12.5 – https://netbeans.apache.org/download/nb125/nb125.html. Tak pasti kalau versi lain akan ada masalah permission jugak.

Bonus: Untuk paparan NetBeans, saya suka guna theme Monokai, theme yang sama pada Sublime Text 3. Ini file theme tersebut yang saya dah customize ikut citarasa sendiri – https://www.dropbox.com/s/3az0611dulsnoo3/netbeans.zip?dl=1

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/497689088467572/

Tulis komen: