Taman Tasik MBKS dalam album panorama 360
Ahad, 20 Mac 2022, 10:45 am0
Gambar² 360 ni saya dah ambil Oktober tahun lalu, tapi bertangguh nak upload sebab ada sebahagian daripada laluan taman ini yang saya tak sempat nak ambil gambar. Sekarang dah 3 bulan masuk tahun baru, baik upload saja dulu, nanti lain kali ambil lagi gambar untuk album di tahun lain.
Taman ni ada taman permainan kanak² dan juga kemudahan untuk senaman outdoor seperti bench & pull up bar. Dari kanak² ke warga emas, semua menggunakan taman ini untuk beriadah.
Laluan joging mengelilingi tasik, dengan satu jambatan kayu merentasi tasik. Saya agak ragu² nak lintas jambatan ini, sebab kayunya nampak dah lama, walaupun guna jenis kayu belian. Boleh jugalah berjalan atas jambatan ini, tapi jangan ramai², takut roboh .
Tengok album #panorama360 ini di:
Guna ramuan ni untuk dapatkan rasa sushi
22 Mac 2022
18 Mac 2022