Mac & cheese segera Prego
Sabtu, 4 Jun 2022, 9:50 pm
3 tahun lalu saya ada tulis ⁽¹⁾ pasal sos #pasta mac & cheese Prego waktu ia mula dikeluarkan. Terkini Prego ada keluarkan produk baru, mac & cheese segera, sama macam mi segera.

Dalam packaging ada pasta kering & serbuk perasa. Cuma renih dalam air mendidih selama 3 minit. Tapi saya letak terlebih air, jadi kena rebus lama lagi, dalam 5-7 minit, sehingga air rebusan pasta jadi pekat.

Walau bagaimanapun, hasilnya sos pasta yang terlalu cair, macam air sup, bukan macam sos. Rasa keju macam kat keropok Golden Ring tu pun kurang, kenalah #makan dengan ‘garnish’ .

Hujung minggu yang panjang, Isnin nanti cuti birthday Agong, dapat rilek main #game. Sekarang #laptop saya selalu tinggal kat ofis, guna untuk kerja. Kalau ada hari cuti, barulah saya bawa balik laptop tu, untuk main game kat rumah .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2019/10/merasai-mac-n-cheese-prego/
Banyaknya biskut emau yang diberi
6 Jun 2022
Tortilla wrap lagi untuk gawai
1 Jun 2022