Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mencuba satu lagi mesin auto spa kat Bayan Baru

Jumaat, 19 Ogos 2022, 8:55 pm0

Seperti sebelum ini ⁽¹⁾, ia bukanlah mesin automatik sepenuhnya. Masih ada pekerja yang membuat kerja mencuci secara manual, sebelum masuk ke mesin.

299704678_729167574916824_6914893635679135204_n.jpg
Harga kat sini RM8, sedikit tinggi daripada yang kat Relau.

Lokasi kedai cuci kereta ini agak strategik. Di tepinya ada McD & stesen Caltex. Lepas cuci kereta, duduk makan, pastu isi minyak, dah boleh pergi travel 🚙.

299776351_729167564916825_1353058199473413501_n.jpg
Kelainan mesin auto spa yang ini, ada lampu isyarat bagi tau bila kereta dah siap.

Mekanisma penggunaan mesin ini juga sama. Agaknya ini dah memang standard.

Tayar kanan kereta akan ditolak dengan rod besi mesin sehingga kedudukan tertentu untuk mesin mula menyembur dengan cucian water coating. Lepas siap, akan ditiup angin untuk membilas lebihan air.

Kedai ini tak ada servis untuk vakum dalam kereta, hanya cuci luaran saja. Di langkah terakhir, ada pekerja mengelap kereta, kemudian bayar secara cash.

Sebaiknya buka pintu untuk membayar, kalau buka tingkap, nanti tingkap basah balik selepas diturunkan. Ini kesilapan yang saya buat, bila tak dilap segera, dibiar sehingga tompok air tadi mengering, cermin kereta akan jadi kotor balik.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/07/pertama-kali-cuba-cuci-kereta-secara-automatik/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/729168888250026/

Tulis komen: