Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bertahun² tak buat cucur

Sabtu, 15 Oktober 2022, 5:45 pm0

Awal dinner malam ni. Kick-off perlawanan terakhir Liga Super pukul 9 nanti, tak sabar² nak tengok 😅.

311985225_771593450674236_7071087053581831713_n.jpg
Hasil masak cucur guna induction cooker.

Banyak yang kehitaman. Ada yang jadi macam pancake, ada macam donat.

Bukan sebab skill masak cucur dah berkarat. Ini sebab tak dapat nak estimate dengan betul kadar kepanasan induction cooker.

Kalau guna power level 1, tak cukup panas, lambat masak. Level 2 pula terlalu cepat panas, tu yang sampai kehitaman, walaupun ditinggalkan tak sampai seminit.

311983721_771593460674235_7390441442406855277_n.jpg
Skill buat adunan cucur pula masih bisa!

Bahan² – tepung gandum, hirisan cendawan, udang bubuk kering, telur 2 biji, garam, air.

Kuantiti air yang nak kena pandai adjust sendiri, sehingga kelikatan adunan tak terlalu kering (pekat) atau terlalu basah (cair).

Dalam gambar ni nampak agak terlalu kuning warna adunan. Warna tu datang dari kuning telur.

309268829_771593447340903_664845044490662573_n.jpg
Ini namanya masak segala apa yang ada dalam peti sejuk 😆.

Bahan² – daging kisar, kentang, lobak merah, tomato, daun saderi, bawang merah, bawang putih, serbuk perasa.

Cara masak – tumis goreng daging dulu, kemudian sekali dengan bawang. Bila daging dah agak² nak masak, baru masukkan kentang & lobak merah. Tutup periuk, guna api kecil, masak selama 10 minit. Masukkan saderi & tomato, dan masak lagi untuk 5 minit.

Hujan sepanjang hari kat Penang. Nampak gaya belum sempat game bola start, dah habis cucur ni kena 😋.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/771593517340896/

Pingback: Jangan abai label pedas kat paket tu 🌶

Tulis komen: