Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Menu sambil tengok Piala Malaysia malam ini, Golden Salted Egg Chahan

313425986_783872349446346_4518402102169220814_n.jpg

Isnin, 31 Oktober 2022, 9:30 pm0

Ataupun dalam bahasa kita, nasi goreng telur masin. Chahan tu nasi goreng dalam bahasa Jepun.

Rasa telur masin kat nasi ni tak kuat sangat. Bila ada sedikit pedas sebab ada ditambah serbuk cili & diletak 2 keping isi udang.

Piala Malaysia

Malam ini perlawanan timbal balik pusingan 16 untuk menentukan pasukan yang layak ke suku akhir. JDT & Terengganu dah nampak selesa dengan kemenangan besar pada perlawanan pertama.

Cuti seminggu

Bulan depan saya akan mula bekerja 4 hari seminggu, jadi sebelum mulakan kontrak baru, saya kena clear leave yang sedia ada. Sebab tu ambil cuti sampai seminggu lebih sebelum masuk kerja balik esok.

Tak ada ke mana² pun, sebab datang balik sakit kaki 🤕. Ada lah masa untuk repair balik blog & import balik artikel² lama. Saya ada terjumpa blog lama saya kat website Wayback Machine.

Blog lama

Banyak betul perbezaan content, terutamanya topik berkenaan software & web development. Antara contoh lain, kalau sekarang nak tengok video mesti pergi ke Youtube, dulu ada juga pilihan lain seperti Google Video, Metacafe & Dailymotion.

Website lama

Selain itu, saya juga terjumpa web page lama yang saya letak kat free webhosting & juga kat Geocities. Entah apa² content merepek waktu zaman remaja dulu time baru belajar HTML & CSS 😂:

Coding

Bila tengok balik blog post lama, macam² programming language saya dah cuba. Dari bash scripting untuk rekod video dari TV card, web app guna Python framework, hinggalah ke mobile app guna Javascript.

Disebabkan bulan depan dah ada satu hari tak kerja, saya plan nak buat ‘ulangkaji’ untuk cuba balik programming language yang lama dah tak sentuh ni, seperti Python, NodeJS & Java. Nak buat persediaan kalau nak cari kerja software / web development yang tak pakai PHP 🤓.

Tragedi Halloween

Disebabkan cuti seminggu & kebanyakan masa duduk kat rumah & buat coding blog, jadi ada harinya saya tidur lewat. Cuma pada malam minggu lalu, saya tidur awal, badan dah letih buat eksesais arm & shoulder angkat dumb bell.

Awal pagi keesokannya (30/10), tengok kat Twitter ⁽¹⁾ ada berita tentang insiden rempuhan di Itaewon, Seoul, sehingga menyebabkan lebih 150 kematian ⁽²⁾.

⁽¹⁾ https://www.allkpop.com/article/2022/10/120-killed-and-hundreds-injured-in-itaewon-due-to-crowd-surge
⁽²⁾ https://web.facebook.com/thepatriotsasia/posts/198434829237116

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/783872532779661/

Tulis komen: