Pergi memburu strawberry lagi
Rabu, 7 Disember 2022, 12:55 pm


Lebih mudah untuk disinggah berbanding ladang strawberry kat atas Gunung Jerai.
Saya singgah sekejap saja, tak tengok keliling sangat, tapi saya perhatikan mereka ada menanam sayur kobis & pokok anggur yang menjalar hingga ke atas atap, melitupi kawasan meja makan di tepi kedai ini.
Banyak juga pasu pokok strawberry di sekeliling bangunan kedai, cuma tak ada yang berbuah.


Saya jadi sangsi sikit lepas ke ladang strawberry di Gunung Jerai, sebab tak nampak pokok strawberry yang betul² ‘dalam production’. Kebanyakannya nampak terbiar, ada yang berlumut & tanahnya mengering. Besar kemungkinan produk² yang dijual tidak menggunakan buah strawberry yang ditanam di sini.
Di kedai strawberry ini, kalau buah²nya masak ranum merah semua, mungkin buah import dari Cameron. Tapi yang saya beli ini, nampak belum cukup masak, tapi kira ok lah sebab besar², lebih besar daripada yang pernah saya tanam dulu ⁽²⁾. Harga sekotak RM20.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/11/hasil-tuaian-di-strawberry-farm-gunung-jerai/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2019/01/strawberry-low-land/
Kuih dorayaki ni macam waffle rupanya
6 Disember 2022