Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sorotan gambar emau sepanjang 2022 😹

Jumaat, 30 Disember 2022, 9:45 am0

322906611_558348346151638_1361729577104258481_n.jpg
Si nuning dah nak masuk 4 tahun.

Gambar² dihimpunkan mengikut tempat:

Parking Sunshine
322592075_1345601726203348_8450085961183936451_n.jpg
Si itam berkurap.

Dulu selalu jumpa dia tidur dekat kereta, ada sekali berkongsi ayam goreng McD. Sekarang jarang² dah jumpa.

322960839_3402300593349494_1836767225687165560_n.jpg
Mak kucing beranak 5.

Ada saya tulis sebelum ini ⁽¹⁾. Baru² ini ada terjumpa lagi dia dengan anak²nya, tapi mungkin anak baru, sebab semua masih kecil macam yang saya tengok 5 bulan lalu.

Tempat parking pasar basah Bayan Baru
321973970_510502807574226_9054903306004005019_n.jpg
Nuning friendly.

Suka mengiau sampai nak ikut naik kereta. Kalau tak silap, dia berjalan terhincut² sakit kaki.

321772813_2062250020651157_8741764069429688739_n.jpg
Maskot Lalamove.
322476850_963945858325830_3065802769035764582_n.jpg
Silau!

Bulan lalu matahari terbenam awal, pukul 7 dah Maghrib. Time balik kerja selalu tengok banyak kucing kat kedai buah²an ni.

Tepi masjid Bayan Baru
322730989_851782482753299_9018679585349559654_n.jpg
Yang ni pernah terjumpa pengsan ⁽²⁾ banyak makan keropok 😅.
322003113_653115489929091_4578236669556898685_n.jpg
Kurus mak kucing ni.

Cuba cari nampak tak telinga anak kucing dekat tepi parit tu 😆.

Kedai dobi tepi pusat hemodialisis
322384968_1332609757491570_4610737559549325475_n.jpg
Si itam yang pertama kali jumpa masa mula² pindah Penang ⁽³⁾.

Si itam ni jugak yang terkejut tiba² raya ⁽⁴⁾, ucap selamat raya haji ⁽⁵⁾, dan pernah minta jajan ⁽⁶⁾ 😆.

322489118_565934052022495_207410866311858797_n.jpg
Kedai tutup, lunch hour?
322723931_1862455104098898_5522706524505732534_n.jpg
Abang long nombor satu kawasan dobi ni 😎.
321729926_847485186536983_1672970167134854770_n.jpg
Abang long nombor dua 🤪.

Tu yang tauke dobi letak botol air merah, mesti habis berbau dalam kedai kena pancit mereka dua.

322234494_5779293948782925_8493778913391697930_n.jpg
Si calico bunting.

Ada ditulis baru² ni ⁽⁷⁾, plan nak buat Malaya Enduro sendiri. Enduro ka ngelayo? 😝

Kedai windscreen Air Itam
321768386_1219391435326592_6814775699260393088_n.jpg
Siu!

Macam ni lah rupa saya menunggu windscreen ditukar baru ⁽⁸⁾, sampai terlentok 😪.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/07/emau-beranak-5-kat-parking-pasaraya-sunshine/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/06/banyaknya-biskut-emau-yang-diberi/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2022/01/alley-cat-penjaga-dobi/
⁽⁴⁾ https://azwan082.my/2022/05/tiba-tiba-hari-raya-/
⁽⁵⁾ https://azwan082.my/2022/07/belum-terlewat-lagi-untuk-si-emau-item-ni-mengucapkan/
⁽⁶⁾ https://azwan082.my/2022/08/belum-datang-mood-menulis/
⁽⁷⁾ https://azwan082.my/2022/12/dah-start-evo-enduro-ke-mae-hong-son/
⁽⁸⁾ https://azwan082.my/2022/01/pergi-repair-kereta-kebal/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/827666065066974/

Tulis komen: