Tak pernah lagi beli Starbucks
Rabu, 14 Disember 2022, 4:35 pm0
Barangsiapa yang juga belum pernah berbeli #kopi di Starbucks, kita geng. Yang ini air botol, tak kira. Masih juga segmen air #minum kayangan .
Tak dapat nak buat perbandingan dengan air kopi yang dibuat oleh barista Starbucks, mungkin ada cawangan yang buat bagus, ada yang kureng.
Tapi yang ini, frappuccino mocha, agaknya boleh buat sendiri. Guna kopi segera, campur dengan susu coklat UHT, macam tu lah rasa dia. Tercari² rasa kopi tapi samar² kehadirannya .
Bagi saya, mocha terbaik masih lagi Wonda Coffee, diikuti Nescafe.
Seperti dijangka + separuh akhir Pyala Dunya 2022
15 Disember 2022
Dah start Evo Enduro ke Mae Hong Son
13 Disember 2022