Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Teh wangi orang Bri’ish - earl grey

317400711_807757653724482_4417623378700471791_n.jpg

Ahad, 4 Disember 2022, 12:50 pm0

Selalu terlihat jenis ni kat menu makanan & jadi perisa produk makanan tapi belum pernah cuba. Kegemaran Nayeon ⁽¹⁾ pun karamel perisa earl grey.

Senang cerita, ini teh wangi dengan rasa oren. Asalnya ia adalah teh hitam. Selalunya rasa teh hitam ni kelat, jadi kuranglah penggemarnya.

Bagi mengelakkan kerugian, pengeluar teh mencampurkan teh hitam dengan perisa daripada kulit buah oren bergamot yang dikeringkan. Jadilah earl grey dengan sedikit bau wangi, serta rasa & aroma masam oren.

Gambar: ini produk dari Sri Lanka. Dalam fakta nutrisinya, jumlah kalori, lemak, kolesterol, sodium, karbohidrat, gula & protein semuanya kosong. Macam air kosong, tapi ada antioksidan.

⁽¹⁾ https://youtu.be/4v7NnLSG528?t=554

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/807757710391143/

Pingback: Earl grey daripada teh ceylon lagi nyaman

Tulis komen: