Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lepas jalan jauh, hantar DasAuto servis gearbox

Ahad, 5 Februari 2023, 9:50 am0

329241044_729936385184745_4729810356109369104_n.jpg
Mileage dah dekat jadual untuk servis gearbox.

Mengikut sticker pada windscreen kereta, kena hantar servis pada 111,000 km. Tapi pelik sikit sebab ditulis kali terakhir servis gearbox pada 101,000 km.

Menurut mekanik, biasanya sela masa (interval) untuk dengan gearbox 6-speed conventional auto adalah dalam 20,000 km atau 2 tahun. Berbeza dengan Viva saya sebelum ni 40,000 km.

329041106_552701183481893_1865188093736831724_n.jpg
Barang² yang kena tukar semasa servis gearbox.

Ini harga spare part kat workshop di Penang:

  • Gasket & filter – RM240/set
  • Minyak ATF – RM135/botol. Sebotol 1L, perlukan 4L, jumlah: RM540
328671823_2394712464039467_5078456700718702934_n.jpg
Begini cara isi balik minyak ATF ke dalam gearbox.

Menarik tengok cara ni, minyak ATF dituang ke dalam botol putih tersebut. Satu hos disambung dari botol ke lubang pada gearbox, kemudian hos dari air compressor disambung pula ke botol tersebut. Air compressor akan mengisi udara ke dalam botol, seterusnya minyak ATF akan ditolak ke atas ke dalam gearbox.

Lepas servis dapat rasa perbezaan, pertukaran gear lebih lancar. Sebelum ni apabila nak tukar gear, rasa macam ia melekat pada gear sebelumnya, RPM meningkat agak ketara apabila turun gear (downshift).

🏇

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/852470412586539/

Tulis komen: