Berbuka puasa sambil baca kotak kurma 😆

25399B5B-86E5-4415-B4D2-55DF32488044-scaled.jpeg

Selasa, 28 Mac 2023, 10:50 pm221

Saia beli kurma hanya pilih kurma madu Yuta, di dalamnya ada madu yang berbisik² 😂.

Belek² kotak, ada beberapa info baru dapat tahu.

Kurma ni diimport dari Iran, dibungkus di satu tempat bernama Dogol Tower. Kalau google, susah nak jumpa bangunan tu, kena cari guna tulisan Parsi:

‎برج دوگل

😅

Alamat pengimport kat Lebuh Farquhar tu rasanya pejabat. Kilang mereka dapat dilihat di tepi lebuhraya PLUS dekat kawasan perindustrian Juru.

Ini kurma saiz L, anggaran panjang dalam 3-5 cm. Agaknya kurma saiz S tu macam kismis 😝.

3 hari lepas buka

Tak mampu saia nak habiskan berpuluh biji kurma dalam 3 hari bos, potong kaki kena diabetes 😭.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/884304329403147/

Tulis komen: