Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Melawat 3 tasik empangan Kedah

Selasa, 25 April 2023, 1:45 pm0

Satu persamaan kesemuanya – terbiar (abandoned).

95A21626-A5F0-4FA7-A075-628F02481E0C-scaled.jpeg
Tasik Beris.

Dulu pernah ke ladang anggur kat sini, yang dah ditutup sejak 2016. Rasa asing pulak dengan kawasan sekitar, dah tak ingat macam mana rupa masuk ke ladang tu.

2A65AC13-0D75-47C2-B8C8-17F01C9E6507-scaled.jpeg
Taman permainan kat R&R Tasik Beris.

Saya berhenti sekejap kat sini, makan tengahari, sambil ambil angin tasik. Line Celcom bagus, dapat tengok Youtube dengan lancar.

R&R ni dah terbiar, tak ada peniaga, tandas pun terbiar kering & kotor. Ramai yang datang berhenti hanya duduk² di tepi bangunan dengan view tasik, ambil angin.

39221D47-B0E5-49F1-A16E-4995C7D6FA02-scaled.jpeg
Tasik Gubir, Sungai Muda.

Ada bangunan pusat penyelidikan & jeti pendaratan ikan air tawar kat sini. Line Celcom no service.

E8A400FE-EAA2-4AA7-B930-826BEB93036E-scaled.jpeg
Selain sampan, kereta pun dijemur di tepi Tasik Gubir 😅.

Nampak seperti tempat untuk bercamping, atau buat aktiviti sukan air. Ada bangunan surau, tandas & gerai, tapi semuanya tutup. Tandasnya pun terbiar kotor.

C35379C7-C99B-41AF-9813-F84B3797BD24-scaled.jpeg
Tasik Pedu.

Tasik terbesar dalam senarai ini. Ada aktiviti picnic ke Survival Island & boat house (rumah rakit) disediakan di sini. Line Celcom pun tak ada kat sini.

EA025EB9-B707-4E61-B3D3-2752AC2CE27E-scaled.jpeg
Jeti untuk ke boat house ataupun penduduk sekitar.

Ada sekeluarga datang berpiknik di tepi tasik, kena berjalan di sepanjang tebing tasik untuk ke kawasan yang lebih luas.

Kemungkinan juga ini jeti untuk penduduk asal yang mendiami pinggir tasik. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka meletak kereta di jalan tepi jeti ini, kemudian membawa barangan menaiki perahu. Mungkin orang Asli, mengikut bunyi percakapan mereka.

Cuaca waktu berjalan² panas terik & kering. Bila berhenti nak beli makan tengahari kat KFC Sik, badan rasa panas, datang demam & sakit kepala. Lepas makan panadol, kurang sikit sakit, cuma badan rasa letih. Tak berapa dapat berjalan² jauh di sekitar tasik.

Bila time nak balik, saya ingatkan dah masuk Thailand 😂.

Melimpas satu kawasan kat Kampung Tanjung Luar, Kuala Nerang, ada satu kuil di sana (Wat Phikultharam), orang ramai seperti menyambut pesta Songkran, main air, siram² orang guna gayung & hos. Pastu banyak budak² geng motor jalan² pakai baju bunga², macam gengster dalam filem Thai 🤣.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/899101127923467/

Tulis komen: