Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dah sampai bulan

Jumaat, 5 Mei 2023, 8:55 am0

Selain R&R Titiwangsa, tempat ini juga menjadi target untuk saya lawat pada road trip kali ini.

67D738E1-FD13-4A61-B2B4-8E3DC1C5BC2F-scaled.jpeg
Pantai Cahaya Bulan.

Nama asal ini, Pantai Cinta Berahi, yang ditukar pada tahun 1990, bagi saya ianya unik, menggambarkan romantisme orang Melayu pada zaman dulu. Mungkin ditukar nama sebab dianggap terlalu 18SX pada masa tersebut. Tapi ia kekal dengan sebutan pendek PCB sehingga sekarang.

538C4D37-D501-4F75-9F7E-B43EA2F263A2-scaled.jpeg
Banyak aktiviti di tepi pantai.

Banyak penjual mainan & jajan, termasuk layang² yang banyak diterbangkan semasa saya ke sini. Musim angin bertiup kuat.

Barisan kedai makan kat tepi tu juga antara tarikan utama di sini. Banyak masakan kampung, seafood & goreng² yang ada. Saya sempat mencuba sotong / sosej / fishball goreng tepung dengan nasi goreng kampung, RM21 saja, menu rahmat 😄.

Tempat parking ada di sepanjang pantai, tapi kalau dah penuh, ada juga laluan masuk ke tempat parking di kawasan padang sebalik barisan kedai makan, free of charge. Berjalan² melintas rumah² berdekatan akan jumpa banyak kucing 🐈.

Pada waktu petang, waktu orang bergegas balik kerja (rush hour), saya perhatikan polis trafik yang mengambil alih kawalan lampu trafik, nampaknya tak berapa membantu mengurangkan kesesakan. Lagi lama menunggu berbanding guna lampu isyarat yang ada.

Saya menginap di satu hotel bajet di Kota Bharu, bilik katil single & bilik air kongsi, rasa macam bilik sewa seniman bujang lapok 😆.

Impresi saya terhadap bandar Kota Bharu, tak banyak bangunan melangit tinggi, jalan rayanya ok cuma design agak tak semoden bandaraya lain, terutamanya tepi jalan yang tak disimen bagi membahagikan laluan kenderaan & pejalan kaki. Kenderaan dapat berhenti terus di kawasan bertanah di tepi jalan. Rasa seperti berada di pekan² di sekitar Perak.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/904711797362400/

Tulis komen: