Dah sampai Belum

Khamis, 4 Mei 2023, 3:55 pm130

Dah sampai ke belum? 🤔

FA669C26-4279-4C32-A47A-39B1FC2A7FF6-scaled.jpeg
R&R Titiwangsa.

Dari highway Butterworth-Kulim (BKE) hingga ke Shell Bandariang (selepas Gerik), kebanyakan landai. Dapat 80-100 km/j dengan relax, sesetengah jalan berbukit ada 2 lorong. Permukaan jalan kebanyakan ok, banyak bertampong macam trunk road Kuching – Miri sebelum dibina Pan Borneo.

Plan nak henti sekejap kat R&R Royal Belum, tapi layap tengok tasik & gago dengan keadaan jalan yang semakin rosak, walapun bertar tapi rasa drive kat jalan berbatu (gravel road).

Kena drive guna gear manual mode, untuk match rev enjin dengan keadaan naik atau turun bukit, supaya dapat maintain halaju & enjin tak jerking. Sebab kadang² ada problem kalau transmission stay kat satu gear, pastu nak kickdown untuk turunkan gear supaya dapat speed up, enjin / gearbox rasa macam tak nak turun gear pastu enjin macam tiba² off sekejap, menyebabkan rasa terhenjut (jerking).

A60E4D04-A3C6-4FC0-8348-087360B0CAF7-scaled.jpeg
Ambil angin lereng bukit.

Cuaca terik tapi tak berapa rasa panas. Angin bertiup nyaman, tak rasa bahang & tak rasa dingin, rasa macam kat Gunung Jerai.

Berhenti R&R Titiwangsa ni dalam 12:30, belum rasa lapar & tengok ada barisan panjang nak order makanan. Teruskan saja perjalanan ke Kelantan.

E99471F1-4AD5-470B-8066-C39A47EE9C65-scaled.jpeg
Hanya beli keropok udang sekeping besar ni.

Dari R&R Titiwangsa, kebanyakan jalan turun bukit (descending). Keadaan jalan juga lebih baik, tapi tak dapat laju sangat sebab berselekoh & kena jaga brek. Kalau selalu tekan nanti brek panas & tak makan bila dah sampai bawah.

Berhenti di Rantau Panjang pada 14:30, di sebelah pasaraya Mydin ada medan selera & tandas awam, spot terbaik untuk berhenti. Banyak road block oleh polis, menyebabkan kesesakan trafik di beberapa jalan utama. Cuaca sepanjang jalan panas terik ☀.

Saya dah lama tak dengar percakapan orang Kelantan, jadi susah sikit nak tangkap apa yang disebut. Waktu beli nasi ayam kat Rantau Panjang, saya tanya pekedai berapa harga, dia jawab, “eney”.

Saya pun, “eney?”, “Eun Hye?”, “Jong Kook?” 🤣. Lepas pekerja tu tunjuk isyarat jari, rupanya enam ringgit daa.

Matawang pun diorang tak sebut ringgit. Nasi ayam, enam ringgit, mereka sebut, “nasi aye, eney ghiya (riyal)” 🤨.

—

Keseluruhannya, jalan dari Butterworth, melintasi banjaran Titiwangsa menggunakan lebuhraya Timur-Barat, permukaan jalan banyak yang dah rosak, banyak juga yang dah tar baru. Tak berapa curam, sehingga kena turun ke gear 2, macam nak daki banjaran Crocker di laluan Sipitang – Tenom, ataupun nak ke Balik Pulau melalui jalan lama dari Relau. Di laluan mendaki, disediakan dua lorong untuk kenderaan yang laju memotong.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/904257707407809/

Tulis komen:

Dah sampai bulan

5 Mei 2023

Bukan untuk dijual

1 Mei 2023