Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Review motel Mama Motel, Kangar

6CD6AE2C-1C5C-4AB9-B7F0-3D7D17226B3E.jpeg

Rabu, 29 November 2023, 12:35 pm0

Ada kawasan letak kenderaan luas berdepan dengan motel ini, dah angan² nak duduk masak ramen kat sini malam², tapi disebabkan berdekatan kawasan sawah padi, jadi malam² banyak nyamuk! 🦟

Kunci bilik digantung dalam peti surat di tepi pagar masuk yang menggunakan kunci elektronik. Nak buka pagar, gunakan tag pada kunci bilik untuk scan kunci elektronik.

Nak check-in, hanya perlu call nombor yang dipaparkan pada pintu masuk. Nanti pekerja bagitau nombor bilik yang dah di-reserve, kita sendiri ambil kunci & bila check-out, sendiri letak balik kunci dalam peti surat.

Saya sampai di motel ini dalam pukul 4 petang, cuaca mendung berangin. Disebabkan ada taman perumahan di tepi lot kedai ini, jadi ada banyak yang berkeliaran, termasuk si puteh yang berhingus dalam gambar di atas.

Ulasan penuh dalam bilik hotel, termasuk gambar 360° kawasan tepi sawah, ada dalam album ini:

Kena naik tangga ke bilik di tingkat satu. Dengan harga RM79 semalam, check-in & check-out yang senang, dan bilik air yang bersih, saya bagi motel ini ★★★☆☆.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1019819542518291/

Tulis komen: