Singgah Tasik Empangan Timah Tasoh Lake Resort (10 gambar)
Sabtu, 25 November 2023, 2:45 pm
Tempat bergambar & rekreasi untuk keluarga beranak kecil.Ada tempat parking luas, bayaran masuk RM5.Barisan bunga tulip plastik, warna pun dah pudar .Banyak arca seni diperbuat daripada logam, di sini ada lelaki seterika (iron man) .Waktu saya ke sini adalah hujung minggu konvokesyen di Unimap (Universiti Malaysia Perlis), ramai graduan pergi ke sini untuk bergambar. Cuaca kurang baik, mendung sedikit hujan renyai dengan angin bertiup kuat, sejuk .Ada juga resort penginapan di sini, laluan ke sana ditutup untuk pejalan kaki yang melawat taman rekreasi.
Kalau berjalan masuk ke dalam lagi, ada lokasi untuk glamping.
Arca haiwan yang dibaluti lampu LED seperti burung flamingo dalam gambar di atas, hanya mula menyala pada jam 6.30 petang.
Di laluan ini, ada replika bunga morning glory tergantung yang kelopaknya boleh buka tutup apabila kita tepuk tangan .Ingatkan go-kart, rupanya litar untuk main drift trike elektrik.Kiri: live band, tengah: gerai makanan & cenderahati, kanan: swimming pool untuk kanak².
Live band nyanyi pelbagai lagu tempatan yang tengah trending sekarang. Dari jauh hanya dengar bunyi bass jak, macam bunyi orang kampung berdangdut sampai pagi .
Kawasan permainan kanak² berdekatan jalan masuk ke sini.