Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Merasai kopi sawah viral

Khamis, 1 Februari 2024, 8:50 am0

D8684813-8074-4395-9911-640EA26C79E0.jpeg
Ngopi dulu sebelum balik ke rumah 😅.

Dalam perjalanan balik ke Penang dari KL selepas menghadiri bengkel bisnis & menonton Piala Asia di Stadium Bukit Jalil. Kebetulan jam sudah tengahari & perut laparpo! Singgah kat gerai yang terletak di area Sekinchan, ini.

Nak ke sini kena guna Kuala Selangor. Kalau menuju ke utara, kena U-turn sebelum masuk lorong ke dalam kampung. Ada tempat parking khas disediakan, cuma kena jalan kaki sikit untuk menuju ke tapak gerai.

Ada beberapa gerai dalam satu kawasan food court ini yang dipenuhi meja dilitupi payung besar.

E555BB99-D58C-48A1-9C92-3977AFEAAD20.jpeg
Kiri gerai penkek, tengah tu gerai kopi sawah, ada juga dijual makanan barat seperti spageti & burger. Sebelah kanan tu adalah tandas.
9D8D65FE-FDAE-41CF-831C-79E3F11A84C2.jpeg
Di sebelah sini pula gerai cucur sayur & pasembur, dan satu lagi gerai makanan seperti lokcing, char kue tiau & chicken chop.
9A062D06-0D62-480A-B032-5F47CD9C7487.jpeg
Ini dia kopi sawah saiz besar, RM5. Saiz kecil RM3.

Rasa kopi kampung biasa, biji kopi Liberica mungkin, tapi yang membuatkannya istimewa adalah pemandangan sawah padi kat belakang tu.

Saya datang waktu tengahari, cuaca panas terik, sedikit berbahang kalau tak ada angin bertiup. Kalau waktu petang mesti lebih best, dengan suhu yang nyaman & angin bertiup sepoi² bahasa 💨.

8B88AEE3-B78A-44B7-B8E5-C6317199E84B.jpeg
Saya tapau sebungkus pasembur, RM8.

Beza antara pasembur dan rojak ialah pasembur menggunakan kuah kacang, manakala rojak menggunakan kuah petis yang berasaskan udang.

Sekejap saja saya duduk² kat bangku kosong, menghirup sekali dua kopi ais sambil melihat² sawah yang hanya ada rumput buat masa ini. Lepas tu sambung drive, berhenti dekat Petronas Sungai Besar untuk melahap pasembur ini sambil melayan lagu:

D6336D42-2240-4C6B-87D3-53EA4E0E9CD6.jpeg
Eeey baahhh! Kat Spotify pun ada Iban 😆.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1056821452151433/

Tulis komen: