Pertama kali terbang guna Uncle Roger Airline
Ahad, 3 Mac 2024, 5:45 am0
Satu lagi peluang mencuba sesuatu yang baru selepas #AirAsia hentikan laluan Kuching-Penang.
Kan? Kalau menghadapi masalah, kalau asyik bercakap pasal masalah tu, hanya akan nampak benda salah, hanya nampak siapa yang nak disalahkan, sampai terlepas peluang baru yang muncul .
Dalam kes ini, saya baru pertama kali cuba guna #Firefly, syarikat penerbangan tambang rendah oleh #MAS. Antara kelainan yang saya kenalpasti:
Snek percuma
Penerbangan Kuching-Penang mengambil masa 2 jam. Di awal penerbangan, anak kapal sudah beri:
- Kacang masin
- Biskut cip coklat Famous Amos
- Air mineral Moma
Makanan seakan percuma
Macam mana tu, seakan percuma?
Semasa memilih add-on, website Firefly memerlukan saya pilih satu hidangan, dan kos makanan tersebut ialah 0.00 ringgit. Mungkin ini tiket pertama yang saya beli, ataupun saya beli luggage 30kg, jadi diberi pilihan makanan dalam penerbangan (in-flight meal).
Majalah Going Places
Kali terakhir saya baca majalah ni kalau tak silap dalam #flight Ipoh-KL semasa kat UTP dulu. Hanya MAS yang beroperasi di laluan tersebut, sebelum ditamatkan kiraΒ² pada tahun 2006. Lepas tu hanya naik bas ekspres ke KLIA untuk balik ke Kuching.
Saya habiskan baca dari kulit majalah depan hingga belakang sepanjang penerbangan, dapat rehatkan mata daripada tengok skrin telefon.
Ada pengecas USB di tempat duduk
Kemudahan seiring arus kemodenan . Port USB biasa & USB-C, di sebelahnya ada pemegang peranti (device holder) untuk penumpang yang mahu menonton phone atau tablet mereka.
Masih perlu print sendiri boarding pass
Tak macam AirAsia yang ada kiosk untuk check-in sendiri, pastu boarding pass dapat di-print di kiosk tu juga.
β
Dikhabarkan AirAsia kembali beroperasi di laluan Penang-Kuching hujung bulan ini, tapi lepas merasa perkhidmatan yang bagus daripada Firefly, mungkin saya akan kekal dengan syarikat ini .