Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Betul lah bulu biri² macam kapas

Rabu, 17 April 2024, 3:40 pm0

A5BB6E62-EEB6-4A35-BC3B-96F91531158F.jpeg
Lokasi: Sheep Sanctuary, Cameron Highland, . Tiket masuk RM12 dewasa, kanak² 3-12 tahun, RM7.

Parking kereta kat Medan Agro Kea Farm Market, RM5 sekali masuk, lepas tu kena menyeberang jalan.

Lepas beli tiket kat pintu masuk, berjalan turun ke tempat masuk satu lagi yang ada kedai souvenir, beri resit tiket kepada pekerja, nanti mereka beri sekotak dedak untuk biri².

Saya tak nak suapkan biri² tu makan, nanti dia ikut saja kita berjalan, macam ada seorang brader tu sampai berekot² geli kena kejar 😂.

7531B6BF-B8CB-46C1-9C18-47C197F44B73.jpeg
Selain biri², alpaca pun ada.

Alpaca pula diberi makan daun rumput panjang nampak macam lalang tapi lembut daunnya.

Yang ini pun saya tak nak sibuk² suap. Ada nanti dia melebih², kalau tak dapat apa yang dia nak makan, lalu diludahnya kita 😖.

38FBFB99-ED43-4611-BE78-67A4E22EF0D0.jpeg
Ramah tamah aidilfitri di kandang .

Penuh orang ramai, dengan semerbak aroma kambing, tengok kat bahagian kanan gambar, berterabur najis kambing, bulat² sebiji² sama macam tahi arnab 💩.

Kena hati² berjalan sebab biri² & alpaca ni membuang tanpa amaran, tiba² saja ada paip bocor & berguguran butir²an cereal milo crunch, ada yang tak perasan sampaikan bergambar depan aliran kencing alpaca 😵‍💫.

Walau bagaimanapun, ada disediakan sinki & sabun untuk mencuci tangan sebelum keluar.

BDC401F1-89AC-4EBB-955C-926B668838CE.jpeg
Pemandangan kandang biri² dari kedai kupi Puku Cafe kat tingkat atas.

Dari sini pun boleh terbau kandang kambing, hilang selera untuk mencuba waffle atau scone dari cafe ini.

C4C9470C-D11A-42EC-80BC-18B800FDE7E7.jpeg
Hanya ada selera untuk mocha Puku Cafe.

Yang bagusnya mocha ini guna serbuk koko & tak manis, baru seimbang rasa kopi & coklat.

P.s: syukur tak ada kejadian tak diingini seperti ditanduk atau diterajang kambing atau diludah alpaca 🤣.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1100839767749601/

Tulis komen: