Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mujur ada simpan ignition coil lama 😮‍💨

E6B453D5-6226-440C-8365-76B419680046.jpeg

Jumaat, 3 Mei 2024, 1:55 pm0

Terbantut plan nak tengok sawah padi kelmarin 😅.

Dalam perjalanan ke Aloq Staq, baru saja kat simpang dekat TF Value Mart Sungai Petani, tiba² lampu EPC & check engine light menyala. Simptomnya saya pernah hadapi sebelum ni ⁽¹⁾ apabila salah satu ignition coil dah kaput. Enjin bergegar & kurang power, sebab hanya 3 silinder yang bekerja.

Jarak dari Sungai Petani ke Paya Terubong dalam 55km, syukur semuanya selamat tak ada kecelakaan lain yang berlaku. Saya pandu ni perlahan² sambil guna mod manual bagi enjin pakai gear rendah supaya RPM lebih tinggi sebab dalam bergetar kuat pada RPM rendah.

Pagi semalam hantar ke bengkel biasa singgah kat Bayan Lepas, nak bagi check & scan error code. Saya bawa siap² ignition coil yang sebelum ni bengkel Eurowagen kata dah rosak ⁽²⁾.

Saya suspect spark plug yang problem, tapi mekanik dapati ignition coil silinder ke-3 yang tak menyala. Dia cuba tukar dengan ignition coil yang lama, ok saja boleh berfungsi spare part lama tu. Tak pasti Eurowagen klentong saia ka apa, ignition coil yang mereka pasang tu pun baru umur setahun 🤔.

Tapi hikmahnya, tak perlu beli ignition coil baru, kat sini harga boleh sampai RM250 sebatang. Hanya kena caj upah RM30. Cuma harapnya part ini dapat bertahan la lebih setahun.

Sepanjang balik dari Sungai Petani, ada saja pemandangan sawah padi yang dapat dinikmati tapi kurang menghijau. Tengah berkira², hujung minggu ni nak sambung jalan lagi ke tak 🧐.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/11/hari-menyervis-kereta/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2023/09/lampu-abs-menyala-kat-instrument-cluster-sebab-wheel-speed-sensor-dah-out/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1110440383456206/

Tulis komen: