Mencuba kopi Cafe Amazon
Ahad, 28 Julai 2024, 8:30 am0
Biasanya saya beli mocha, tapi semalam tak jual, jadi tukar kepada caramel macchiato.
Rasa kopi arabika sama macam kopi stabak, karamelnya mendap ke dasar cawan, dan agak kuat manis daripada krimer manis.
Seingat saya #minum caramel macchiato stabak tak semanis begini.
Secara umumnya rasa kopi Cafe Amazon ni lebih kurang macam Coffee Bean ⁽¹⁾, Starbucks ⁽²⁾, Gigi Coffee ⁽³⁾, tak banyak beza. Mungkin kena beli mocha jugak baru dapat bandingkan dengan lebih jitu.
Kat Penang, Cafe Amazon hanya terdapat di Gurney Drive, Juru Auto City, dan yang saya singgah ini di Sunway Carnival Mall.
Shopping mall ni dari luar nampak besar, tapi dalamnya lebih kecil berbanding Queensbay Mall.
Tempat parking zone B (bawah tanah) sikit sangat ruang, cepat penuh. Kena pergi parking zone A yang menjangkau 8 tingkat.
Dari tempat parking hanya ada eskalator untuk turun ke tingkat 3, tingkat bermulanya #pasaraya, tak ada lif untuk naik turun sampai parking tingkat 8.
Dalam Sunway Carnival Mall banyak kedai pakaian berjenama, kedai makan, kedai aksesori phone, pawagam GSC & gym.
Dalam pemerhatian saya, ramai ahli keluarga dengan anak² kecil datang sini, mungkin sebab ada aktiviti untuk kanak² yang dianjurkan (Quby ⁽⁴⁾), dibuatnya taman permainan untuk budak² main².
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/05/straw-coffee-bean-tea-leaf-diperbuat-daripada-beras/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2022/12/tak-pernah-lagi-beli-starbucks/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2024/06/mocha-daripada-gigi-coffee-setanding-stabak-kofibin/
⁽⁴⁾ https://www.facebook.com/share/p/atddVTpqDKi2qVky/
27 Julai 2024