Jangan, kau salah menilaiku 🎶

Rabu, 12 Mac 2025, 9:45 pm

🎤 Dengan semua sikap, diamku ini 🎸.

B10335B3-C309-4F6A-B6DD-B5A0E7FF8E8F.jpeg
Asyik terulang² dengar lagu ni kat reel, hujung² kena racun untuk kembali menggitar 😁.

Tengok kat Instagram

@azwan082

Reel daripada IG: @kobam_official ni dah jadi lagu official bulan puasa 1446H. Gabungan daripada :

  • Jangan Salah Menilai – Harry Parintang
  • Deen Assalam – Sulaiman Al Mughni, cover by Nissa Sabyan

Ni chord yang diorang main:

D                        A
Jangan kau salah menilaiku
G                           D
Dengan semua sikap diamku ini
D                         A
Jauh di dalam lubuk hatiku
G
Terukir indah
A             D         A
Terukir indah namamu

D                 A
Abtahiyyah wabsalam
Bm          G                  A
Ansyaru ahlal kalam zainuddin yahtirom
D                  A
Abmahabbah wabtisam 
Bm          G              A          D
Ansyaru bainil anam hadahu deen assalam

D    G    D
Hmm~

Banyak lagi reel mereka yang lelucon & paloi² belaka:

🤣

2AFE9346-EE3E-4B68-92F2-E6BAFCDAA9A5.jpeg
Ni free gift accessories gitar saia dapat bila beli guitar stand.

Mari komen barang setiap satu, mula dari atas kiri, ikut arah jam, pastu last sekali barang kat tengah:

  • Kain lap gitar – ingat nak pakai jadi kain lap cermin mata, tapi kena karat daripada skru, tak jadilah.
  • Skru – apa yang nak diskrukan pada gitar? 😅
  • Digital tuner – kepitkan tuner ni pada kepala gitar, pastu petik satu tali, nanti dia tunjuk note apa yang berbunyi
  • Capo – jarang main lagu yang memerlukan capo
  • Guitar string winder – mula² tak tahu apa benda macam playar ni. Rupanya² digunakan bila nak pasang tali baru, cepat untuk pusingkan pengikat tuning. Juga digunakan untuk cabut pemegang tali gitar jenis cucuk, dan juga untuk memotong lebihan tali.
  • Sarung jari – nampak kiut, macam sarung kaki emau, berguna untuk saia yang dah lama tak main gitar, sakit jari kalau tekan tali gitar lama², tapi pakai ni selalu tersangkut² salah tekan tali.
  • Spare tali gitar – dua tali paling kecil, memang perlu ni, baru jak lepas dapat gitar & buat tuning, dah putus tali asal yang paling kecil.
  • Sticker dekat lubang gitar – tak perlu sangat kot, saja nak ada style & bagi selesa grip tangan kat badan gitar.
  • Tali badan gitar – untuk main gitar sambil berdiri, berguna kalau pergi basking.
  • 4 pick gitar dengan holder – holder tu tak perlu sangat, biasanya sangkut saja pick dekat tali berdekatan tuning peg. Pick ni sedikit kecil dan nipis, best kalau banyak main tremolo picking. 2 pick yang datang bersama gitar berwarna hitam, sedikit besar & tebal, bagus untuk main strumming.

Gitar (👉 https://invl.me/clmkrln) & stand (👉 https://invl.me/clmkrlt) versi madani, tak sampai seratus.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1325022698664639/

Tulis komen: