Dah dapat rasa kesan sampingan cuaca panas

Sabtu, 17 Mei 2025, 8:55 pm

Start selsema, sakit badan & demam 🤧.

Air cond dalam opis sejuk membeku, bila keluar opis, kehangatan 😷.

3DD1BBF2-AA23-4140-8948-E13F4FF0F972.jpeg
Getah untuk lekat pemegang phone ke cermin depan , dah cair.

Sejak mula beli di Mr DIY dekat Pahang waktu jalan² hujung tahun dulu ⁽¹⁾, kemudian di pasang kat windscreen, tak pernah lagi dicabut. Lepas pergi autoshow minggu lalu ⁽²⁾, kereta terdedah dengan cuaca luarbiasa panas, getah tu mencair sampai tercabut pemegang dari windscreen.

Saya tak risau sangat pasal sisa² getah tu sebab windscreen ada tinted. Boleh saja tanggalkan tinted tanpa meninggalkan kesan getah pada cermin.

D2FE4038-78EE-47C2-8E00-07EEE1FEBB2E.jpeg
Khamis minggu lalu, tukar balik lampu depan ke jenis halogen.

Sebab lampu LED dengan mini projector tu ⁽³⁾, mungkin kanta projector-nya terlalu kecil, sampai tak berapa nampak cahaya pada waktu malam. Agak merbahaya kalau memandu malam, tak nampak jalan.

Tapi saya tak tukar ke mentol halogen biasa. Ini mentol Narva 150 (https://invl.me/clmpl4u), katanya kecerahan cahaya yang dihasilkan adalah 150% lebih terang. Ada juga model mentol Narva 200, 200% lebih terang, tapi banyak seller kat Shopee, Lazada & Tiktok shop dah sold out.

Setakat ini hanya sekali saya memandu malam, lebih terang dan lebih jauh pancaran cahayanya berbanding mentol LED. Cuma saya tak ingat bagaimana prestasi mentol asal, rasanya agak sama tahap kecerahannya.

E0A47624-2870-4F7F-A08B-396839634F81.jpeg
Dapat pun mencuba teh 3-in-1 daripada Three Tea.

Secara ringkasnya, rasa air teh susu ni lebih kurang jenama Nutrigold ataupun Aik Cheong. Kedua²nya kurang manis, namun versi gula apong tu lebih berasa manisnya, manakala versi pandan lebih wangi aromanya.

Malam² air teh panas², kurangkan rasa menggigil nak demam.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/12/stesen-petronas-ni-mesti-sesak-musim-balik-raya/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2025/05/terasa-ada-kekurangan-lepas-pergi-malaysiaautoshow2025/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2025/01/tukar-lampu-depan-halogen-reflector-kepada-led-projector/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1375423703624538/

Tulis komen: