Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Stesen Petronas ni mesti sesak musim balik raya

Khamis, 28 Disember 2023, 6:45 am0

3A1DE95A-F12C-4F3A-BA91-BFAE282A10DF.jpeg
Petronas Bentong, Lebuhraya Karak.

Stesen minyak terbesar yang pernah saya jumpa setakat ini. Ada 20 pam (menurut nombor pam pada aplikasi Setel), bagi menampung peningkatan mendadak trafik ke pantai timur terutamanya semasa musim cuti raya.

D8B92F75-C58D-4812-BD6D-FB0E10F76DB4.jpeg
Ada tempat untuk wall climbing kat tembok tinggi ni 🧐.

Road trip hari ke-2, dari KL ke Kuantan, . Sarapan di McD Shell Karak Highway dalam pukul 9.30 pagi, duduk meja luar sambil tengok orang ramai isi minyak & ada 2 orang makcik menjaja keropok.

Pastu naik ke Genting sampai Chin Swee Temple, tapi cuaca hujan & berkabus, tak jadi berhenti keluar nak ambil gambar.

Baru tau berapa curam jalan naik ke atas Genting, sebelum ni selalu tengok video car reviewer buat Genting run, kereta baru & power, senang² mendaki ke atas.

Turun dari Genting, berhenti sekejap kat Petronas Bentong, sebab meter minyak cepat turun bila naik Genting, kuat tekan pedal minyak, tu pasal 😅.

Seterusnya, berhenti Mr DIY kat Karak, beli phone holder. Sebelum ni saya pasang Google Map pada & letak phone pada holder kat aircond vent, tapi kerap kali GPS lambat update. Saya suspect phone tak dapat signal satelit GPS pada kedudukan tersebut, jadi saya tukar letak phone di atas dashboard, supaya dapat direct signal daripada satelit GPS. Setakat ini dah ok, tak ada problem GPS lambat update, tapi nak kena test lagi kat jalan² lebih pedalaman.

Saya guna jalan persekutuan, lintas kampung & pekan sepanjang menuju Kuantan.

FDD4CCAB-4F52-4912-8029-82A984633E84.jpeg
Lunch kat KFC Maran, agak lewat, jam 2.30 petang.

Cuaca dari KL, mendung sedikit cerah, cuma kat Genting saja hujan renyai². Dari Karak ke Temerloh, mendung dengan sedikit hujan renyai². Bermula dari Maran sampai Kuantan, lebih kerap hujan. Ada beberapa sungai berdekatan ladang sawit, nampak airnya dah bah hampir melimpah.

Sampai Kuantan, check in hotel pukul 4.30 petang. Antara nama tempat yang unik saya lalui tadi ialah Bukit Ngeri 😱, dan Kpg New Zealand 🇳🇿.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1036419457524966/

Tulis komen: