Tips BBQ guna air fryer

Selasa, 3 Jun 2025, 12:50 pm
Lebih baik guna aluminium foil berbanding parchment paper.
Sebab parchment paper tak berapa kalis air dan minyak. Lepas masak, air dan minyak meresap & turun ke bawah tray, hasilnya masakan jadi kering.
Aluminium foil pula, lebih baik beli yang lebarnya lebih kurang sama dengan saiz tray air fryer, supaya tak banyak membazir.
Ini #resipi ayam BBQ air fryer yang setakat ini paling mudah untuk dibuat, tak perlu perap:
- Kalau ayam masih beku, cairkan guna microwave, level defrost selama 5 minit.
- Bentukkan aluminium foil menjadi seperti pinggan, supaya minyak dan air tak tumpah.
- Letakkan aluminium foil dalam air fryer & letak ayam di dalamnya.
- Tuang beberapa titik minyak masak ke atas ayam.
- Bubuh beberapa titik kicap ke atas ayam.
- Terbalikkan ayam dan bubuh sos tiram. Kalau kicap tak berapa cukup, tambah lagi beberapa titik kat sebelah ni.
- Minyak, kicap manis & sos tiram adalah sebagai perasa asas. Masin, manis & kelembapan pada isi ayam.
- Kalau nak tambah perasa tambahan, tabur lada kalau nak sedikit rasa hangat, tabur serbuk cili kalau nak rasa pedas, ataupun tabur serbuk paprika kalau nak rasa smoky.
- Masak dalam air fryer guna suhu 180ยฐC selama 25 minit.
- Lepas timer berbunyi, jangan terus keluarkan ayam. Biarkan masakan โberehatโ dulu dalam 5 minit.
Insya-Allah masakan ayam BBQ yang terhasil akan nampak seperti dalam gambar. Kalau jadi tak berapa masak, atau jadi hangus, air fryer korang tu nak kena campak ke sungai, beli yang baru .
4 Jun 2025
Bejalai gawai ke Tanjung Sepat
2 Jun 2025