Pasang tinted cermin balkoni secara DIY

Sabtu, 8 November 2025, 9:35 pm
Untuk privacy & kurangkan hangat mentari.
Ni hasil kerja minggu lalu. Saiz cermin adalah 225cm x 68cm. Saiz tinted film yang dijual adalah 210cm x 75cm. Saya beli 4 unit, seller hantar dalam satu gulung, jadi kena potong sendiri panjang & kemudian potong ikut lebar cermin.
Saya pasang dari cermin kiri ke kanan. Di cermin paling kanan, selepas habis gulungan tinted film dipotong ikut panjang cermin, terdapat tinggal kawasan cermin yang tak cukup di-cover tinted. Tapi sebab ada lebihan daripada potong ikut lebar cermin, dapatlah saya tampong satu per satu kawasan tersebut sehingga seluruh cermin dapat di-tinted.
Hasilnya, kurang dah kepanasan daripada sinar matahari di pagi hari. Dan tinted ini jenis double silver, pada waktu siang, dari luar nampak macam cermin, langsung tak nampak kat dalam #rumah, jadi ia jadi pelindung privacy orang rumah.
Sekarang tinggal cermin kat bilik tidur pula yang nak di-tinted. Pagi² kepanasan kena sinar terik matahari. Sehingga malam nak masuk tidur, masih ada lagi sisa haba dari siang hari.
Nak tinted double silver yang menghasilkan efek cermin, boleh beli kat https://invl.me/cln277x.
P.s: lagu Shopee bulan ni senang sikit telinga nak dengar, lagu dangdut sedikit, cuma penyanyi laki dia tu tak dapat nak digelar ‘artis’
.
sopi sebelas-sebelas, hari-hari di sopi live
Mengelak jem di KL hujung minggu ni
25 Oktober 2025
sopi sebelas-sebelas, hari-hari di sopi live
