7 November 2021, 8:50 pm
Ini status 7 minggu lepas semai & 3 minggu lepas pindah ke dalam #hidroponik kratky. Rasa macam cepat jak capsicum ni mula berbunga, berbanding cili. Tapi tak jauh beza sebenarnya, kalau google info tanaman cili, cili mula berbunga dalam 9 minggu lepas semai.
#hidroponik
#kebun
6 November 2021, 9:55 pm
Bukan lampu depan utama yang menyuluh tu, ni mentol kecil yang kat lampu depan, terang dia cukup² bagi orang lain nampak ada objek kat jalan.
#DIY
#kereta
#vivaturbo
5 November 2021, 2:40 pm
*JDT vs Sabah*
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
4 November 2021, 1:30 pm
Kali ni #resipi masih lagi guna kari roux Jepun brand Golden Curry, tapi jenis mild, sebelum ni ⁽¹⁾ jenis medium hot. Pastu saya masak lauk sekali dengan sayuran, tak asing².
#makan
#resipi
3 November 2021, 1:50 pm
Taman ini merupakan salah satu taman dalam kawasan #KuchingPark. Keistimewaan taman ini adalah di sini ditanam dengan lebih 30 spesies pokok palma tempatan dan import ⁽¹⁾. Selain itu, terdapat beberapa kolam & air terjun mini di sini, di samping beberapa gazebo untuk tempat duduk² & berehat, dan juga laluan joging di sekitar taman ini, sesuai untuk beriadah petang².
#KuchingPark
#panorama360
2 November 2021, 5:30 pm
Lepas tanam capsicum ⁽¹⁾, asalnya saya nak teruskan tema guna semula (recycle / upcycle) barang² terpakai untuk #kebun #hidroponik ini, tapi ada sedikit masalah pada bekas tin.
#hidroponik
#kebun
1 November 2021, 10:25 pm
Dalam radio selalu dengar tag line tu, “sama² jaga SOP”.
31 Oktober 2021, 12:55 pm
Saingan bersambung lepas rehat 3 minggu. Juara Liga Perdana, N. Sembilan menarik diri dari saingan Piala Malaysia kerana beberapa orang pemain & pegawai disahkan positif Covid-19 ⁽¹⁾. Oleh itu setiap perlawanan dijadualkan dengan NS, pasukan lawan diberikan kemenangan percuma 3-0. Pasukan Sarawak Utd pula bakal berdepan hukuman jika gagal melunaskan tunggakan gaji pemain ⁽²⁾.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#PialaMalaysia2021
30 Oktober 2021, 8:35 pm
Kalau pasang monitor komputer pada litar #elektrik yang sama (sama fius / breaker utama) dengan peti sejuk, nanti bila compressor peti sejuk mula beroperasi, skrin monitor akan terpadam sekejap, disebabkan lonjakan tiba² arus elektrik ke peti sejuk, yang mengurangkan arus elektrik ke monitor.
#elektrik
#Mac
29 Oktober 2021, 7:40 pm
Yang ini air jus limau nipis, cukup seimbang rasa masam manis buah, macam baru diperah, memang cun dengan tagline ‘from fresh squeezed lime’. Minum sejuk² rasa segar.
#minum