Rakyat Malaysia dibuli oleh kerajaan Brunei.

10 July 2020, 10:30 am

Rakyat Malaysia dibuli oleh kerajaan Brunei.

Ini berikutan penguatkuasaan caj keluar masuk Brunei yang mengenakan bayaran sebanyak BND3 setiap seorang untuk setiap satu hala perjalanan ⁽¹⁾. Dalam pada itu, tol Jambatan Rasau, yang juga BND3 sekali limpas pula akan dimansuhkan.

Jadi kalau rakyat Malaysia dari Miri nak ulang alik ke Lawas, seorang akan dikenakan caj BND12 bersamaan RM36. Sama juga untuk rakyat yang tinggal di Limbang nak berulang alik ke Miri, nak lintas saja dah terbang RM36, belum lagi kos petrol, ataupun kalau kena saman sebab tingkap kereta tinted walaupun tinted dari kilang.

Rakyat Malaysia di kawasan #Miri, #Limbang dan #Lawas dah lama merungut dan minta kepada kerajaan satu jalan tanpa melalui Brunei, tapi Abang Jo nak juga #PanBorneo sambung ke Brunei ⁽²⁾. Peluang Sarawak untuk menaikkan industri pelancongan di kawasan Gunung Mulu, Ba’ Kelalan & Bario dengan adanya Pan Borneo dah pun terlepas.

Negara Brunei secara geografi memang dipisahkan oleh Limbang, tapi mereka membina Jambatan Temburong untuk menyambungkan kedua² wilayah mereka, walaupun terpaksa dibina di atas laut, dan tanpa perlu nak ‘jaga hati’ kerajaan Malaysia. Apabila #Covid19 mula menyerang bulan Mac lepas, jambatan tersebut dah pun siap dan dibuka kepada rakyat Brunei saja untuk digunakan.

Penduduk di Temburong dah takda masalah lagi nak ke Bandar Seri Begawan dengan terpaksa melintas Limbang. Dulu polis Malaysia gunakan jalan di Limbang untuk menahan kenderaan Brunei yang masih ada saman trafik. Sekarang semua boleh terlepas macam tu saja.

Ikut khabar angin, sewaktu sempadan negara baru dibuka balik bulan lalu, kenderaan Malaysia yang melintas Brunei hanya ada 3 jam saja untuk berada dalam Brunei, kalau tak, akan disaman BND100 (jumlah ni tak pasti). Memandu dari Sungai Tujuh ke Tedungan saja paling laju pun 2 jam, itu pun mungkin ada kena speed trap. Kalau ditambah berbaris kat imigresen dah dekat sejam, bengkrap rakyat Malaysia kena peras ugut macam ni.

Rakyat Malaysia pula masih terpaksa meminta kesian dengan negara luar untuk gunakan jalan mereka untuk ke tanah air sendiri. Sebab tu saya selalu berkongsi pasal pembinaan #jalan baru seperti jalan Miri – Limbang – Lawas tanpa melalui Brunei. Jalan ni mesti cepat² disiapkan, ramai sangat dah merungut ⁽³⁾, jangan sampai rungutan jadi protes.

Rasanya Brunei dah jangka kalau jalan melangkaui Brunei tersebut siap nanti mereka tak dapat nak kutip duit orang Malaysia yang menggunakan jalan mereka. Sebab tu mereka caj macam² sekarang. Kerajaan Malaysia & Sarawak khususnya kena berani mengimbangkan kuasa di bahagian utara, kalau tak semakin teruk rakyat Malaysia dibuli oleh Brunei.

⁽¹⁾ www.utusanborneo.com.my/2020/07/09/brunei-kuat-kuasa-caj-keluar-masuk-bermula-1-ogos-ini

⁽²⁾ suarasarawak.my/2019/08/06/projek-lebuh-raya-pan-borneo-lalui-brunei

⁽³⁾ www.utusanborneo.com.my/2020/07/09/kami-terbeban-luah-rakyat-limbang-dan-lawas

Pin It Send

Komen sikit:

One thought on “Rakyat Malaysia dibuli oleh kerajaan Brunei.”

Comments are closed.