Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Baru nak kenal saiz tiub tayar basikal

Rabu, 15 Julai 2020, 4:55 pm0

Bagi yang mengikuti saya, sebelum ini saya mengalami masalah tayar bocor ni di https://azwan082.my/post/18/petang-hari-tayar-basikal-ni-dipam-kemudian-test-sekeliling-rumah. Sebenarnya saya dah pun tampal tiub tayar ini 2 kali dan masih juga bocor.

Hujung minggu lalu saya cari kedai basikal untuk beli tiub baru. Ada 2 masalah saya hadapi – jenis saiz tiub tayar ni saya tak berapa kenal, dan satu lagi, hujung minggu tak banyak kedai basikal buka.

108105424_162230708680080_2012249868788804396_n.jpg

① – Untuk saiz tiub, boleh didapati pada tayar basikal itu sendiri. Basikal ini mempunyai saiz tiub 20×1⅜. Sebelum ni saya periksa tiub di tayar belakang, kelihatan seperti terlebih besar daripada saiz rim. Tapi betullah, tiub tu dah lama, dah kembang & getah dia mengeras, pasal tu lah saiz dia besar & asyik bocor.

108776394_162230738680077_1695422554179672822_n.jpg

② – Sewaktu mencari kedai basikal, saya tahu satu kedai di Batu Kawa Light Industrial Park, dekat MJC. Ingatkan kedai tu buka, skali tengok tengah repair pagar daa 🤦‍♂️. Nasib baik jumpa satu kedai yang buka kat Jalan Green, Ghee Hap Hin (https://goo.gl/maps/XPzrQPvaenurt4RQ8). Satu tiub ni saya dapat RM18, beli 2 untuk backup.

Sekarang dah dapat sambung buat cardio dengan berbasikal sekeliling taman perumahan 👍.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/162230762013408/

Pingback: Cara nyala api bushcraft BBQ semalam

Tulis komen: