8 hari ke dalam bulan Oktober 2020, 3000 lebih orang dijangkiti Covid19

121198778_184431373126680_198810826389698833_n.jpg

Jumaat, 9 Oktober 2020, 2:25 pm482

Kes terbaru harian:
1/10 = 260
2/10 = 287
3/10 = 317
4/10 = 293
5/10 = 432
6/10 = 691 ‼
7/10 = 489
8/10 = 375

Kalau dibandingkan dengan jumlah kes waktu mula² dulu, bilangan kali ini lebih tinggi, tapi kenapa seluruh negara tidak diisytiharkan PKP?

Norma baru zaman pandemik sekarang bukan setakat memakai pelitup muka, mengamalkan kebersihan (guna hand sanitizer) dan penjarakan fizikal. Satu lagi perkara kebiasaan baru yang semua sedang buat bila ke satu² tempat, yang banyak membantu mengelakkan negara daripada kembali kepada PKP iaitu langkah pengesanan kontak (contact tracing), sama ada dengan menulis nama secara manual, ataupun menggunakan aplikasi mudah alih (mobile app) MySejahtera atau Qmunity.

Dengan adanya sistem merekod lokasi pergerakan individu, jika terdapat kes baru atau kluster baru, lokasi di mana pesakit ini telah lawat dapat dikesan dan orang² yang melawat tempat sama dapat dihubungi untuk menjalankan saringan.

Waktu mula² PKP bulan Mac lalu, kita belum ada lagi semua sistem MySejahtera, ataupun tulis nama bila nak masuk kedai, jadi waktu tu, belum dapat mengesan ke mana pesakit² ni telah pergi, dan siapa yang telah menjadi kontak rapat kepada pesakit. Jadi sukar untuk mengawal penularan wabak, justeru langkah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Penyakit tak dapat dikawal, jadi orang ramai jangan jalan² merata tempat, duduk dalam rumah sampai semua kontak rapat dapat dikesan & dirawat. Itulah yang berlaku bulan Mac hingga April lalu.

Dan sebab itu juga sekarang seluruh negara tak dikenakan PKP, cuma sesetengah kawasan seperti beberapa daerah di Sabah, Kedah dan mukim Klang di Selangor yang dikenakan PKP bersyarat & PKP diperketatkan. Semuanya sebab ada sistem pengesanan kontak rapat pesakit, jadi jangan terlalu risau dengan nombor yang tinggi ini. Kita hanya perlu teruskan dengan amalan norma baru dan patuhi SOP oleh MKN.

Screenshot – http://covid-19.moh.gov.my/terkini/102020/situasi-terkini-06-oktober-2020

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/184431369793347/

Tulis komen: