3 Oktober 2020, 10:30 am
Dua hari lalu, jumlah kes baru #Covid19 adalah 260 orang, semalam 287 orang, kes tertinggi dalam satu hari sejak bermulanya pandemik. Dah macam mula² #MCO dulu, dengan majoriti kes adalah di Sabah dan Kedah.
#hargapetrol
#Petronas
26 September 2020, 9:30 am
Beberapa hari lalu #DSAI mendakwa ada majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan, tapi sampai hari ni belum ada lagi kerajaan baru. Ramai yang memberi respon yang ini bukan masa sesuai untuk perebutan kuasa ⁽¹⁾. Dengan masalah #Covid19 & kegawatan #ekonomi, ketidakstabilan politik akan ganggu proses pemulihan. Bursa saham pun ada jatuh sedikit ⁽²⁾.
#DSAI
#duit
#ekonomi
#hargapetrol
#jalan
#kereta
#Petronas
#politik
19 September 2020, 9:35 am
Dua hari lalu akhirnya kerajaan Sarawak menerima bayaran cukai jualan ke atas produk petroleum untuk tahun 2019 daripada #Petronas yang berjumlah RM2.95 billion ⁽¹⁾.
#hargapetrol
#Petronas
#pilihanraya
12 September 2020, 9:45 am
Tak lama lagi siap kereta kena tuning, harapnya minggu depan sempat untuk buat Hari Malaysia drive. Saya plan nak ke Serian, tapi tak guna jalan highway. Saya nak cuba jalan jauh masuk hutan & kampung untuk ke Serian, nak tengok lepas 57 tahun, apa kemajuan yang Sarawak dapat dari segi kemudahan asas seperti jalan raya.
#hargapetrol
#Petronas
5 September 2020, 9:15 am
Proton X50 (bukan nama rasmi) sekali lagi dijumpai tengah dalam proses pandu uji di jalan raya. Dijangkakan akan dilancarkan dalam 1-2 bulan lagi ⁽¹⁾.
#hargapetrol
#kereta
#Perodua
#Proton
29 Ogos 2020, 9:55 am
Jangan risau, jangan bingung, #hargapetrol naik mimit jak minggu depan 🤏🏻.
#hargapetrol
#kereta
#Petronas
22 Ogos 2020, 9:50 am
Ingatkan dah tak ada yang pakai web app ni, dah berbulan ada problem pada skrip untuk ambil data #hargapetrol dari website #Petronas. Rupa²nya layout website Petronas dah berubah, dah tak tunjuk harga terkini petrol lagi. Sebagai alternatif, saya ambil data dari paultan.org pula.
#hargapetrol
#Petronas
15 Ogos 2020, 10:00 am
Dalam gambar ialah #jalan Datuk Stephen Yong Link, berdekatan Kuching City Mall. Tapak pembinaan kat tepi jalan ni adalah stesen minyak #Petronas baru yang sedang dibina. Lokasi ni strategik sebab jalan inilah yang akan menyambungkan highway #PanBorneo arah dari Serian ke Bau. Ada jugak tempat untuk jadi pit stop untuk mereka yang nak ke Bau / Lundu / Sematan tanpa singgah di dalam bandaraya #Kuching.
#hargapetrol
#jalan
#Kuching
#PanBorneo
#Petronas
8 Ogos 2020, 9:35 am
Lepas ulang alik mahkamah, akhirnya #Petronas akan membayar cukai jualan negeri kepada kerajaan Sarawak. 7 anak syarikat Petronas termasuk Petronas Carigali akan didaftarkan sebagai badan yang dikenakan cukai di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri (https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/06/petronas-bayar-sst-menerusi-tujuh-anak-syarikatnya).
#hargapetrol
#jalan
#Petronas
1 Ogos 2020, 9:35 am
3 hari lalu kerajaan mengumumkan program subsidi petrol telah dibatalkan. Terdapat pelbagai isu dalam menguatkuasakan program yang menyebabkan ia tidak diteruskan.
#hargapetrol
#Petronas