Ketidakstabilan politik ganggu pembangunan + harga petrol minggu ke-5 September 2020

120260917_181133630123121_2108791838706455702_n.jpg

Sabtu, 26 September 2020, 9:30 am

Ketidakstabilan ganggu pembangunan + harga petrol minggu ke-5 September 2020.

Beberapa hari lalu mendakwa ada majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan, tapi sampai hari ni belum ada lagi kerajaan baru. Ramai yang memberi respon yang ini bukan masa sesuai untuk perebutan kuasa ⁽¹⁾. Dengan masalah & kegawatan , ketidakstabilan politik akan ganggu proses pemulihan. Bursa saham pun ada jatuh sedikit ⁽²⁾.

Kalau dibandingkan dengan situasi politik kat Sarawak, kiranya lebih stabil. Tak ada peristiwa tukar² parti memerintah. Walau bagaimanapun, tetap juga lambat nak tengok projek² infrastruktur siap.

Contohnya projek naiktaraf Matang ke Taman Malihah kepada 2 lorong. Dengar² dijanjikan sejak Taib masih lagi CM, sampai sekarang belum nampak jalan baru dibuat. Semak tepi jalan yang ditebas dah tumbuh pokok balik. Jambatan hanya baru siap piling, tiang belum ada. Dijadualkan siap dalam 2 tahun, kiranya tahun depanlah, tapi nampaknya nak kena tunggu sampai 3-4 tahun kalau macam ni. Terfikir jugak kenapa tak dibuat saja jalan dulu? Tiang² & paip utiliti dialihkan dulu, sementara menunggu jambatan siap 🤔.

Satu lagi, sepanjang Lebuhraya Kuching – Samarahan ni, kat setiap bulatan katanya nak dipasang lampu isyarat, dah diluluskan dekat 2 tahun dulu ⁽³⁾, tapi belum nampak apa² pun. Tiba² pulak ada kerja isi tanah kat pembahagi jalan sampai menyesakkan jalan time orang balik kerja. Dalam musim hujan sekarang, jalan jadi bertanah, habis kotor & buat jalan jadi licin. Kalau nak dipasang lampu trafik, takkanlah nak ambil sampai 2-3 tahun, tempat lain ada yang hanya 2-3 bulan dah beroperasi lampu trafik baru 🚦.

Kalau isunya duit, dah dapat duit cukai berbiliun tu, tak patut alasan takda lagi, Abg Jo 🤷🏻‍♂️.

Antara contoh lain infrastruktur yang tak siap², Hospital Petra Jaya ⁽⁴⁾ & Hospital Sri Aman ⁽⁵⁾. Ada ura² mengatakan kedua²nya setakat ini wujud di alam bunian 👻.

:

🟡 RON 95 – 1.68 (+0.05)
🟢 RON 97 – 1.98 (+0.05)
⚫️ Diesel – 1.71 (+0.04)

⁽¹⁾ www.sinarharian.com.my/article/102313/BERITA/Politik/Anwar-tidak-prihatin-kesusahan-rakyat-kata-Wan-Saiful
⁽²⁾ www.astroawani.com/berita-politik/anwar-buka-mulut-saja-pasaran-saham-jatuh-merudum-ahmad-amzad-260590
⁽³⁾ www.utusanborneo.com.my/2020/06/19/atasi-kesesakan-lampu-isyarat-akan-dipasang-di-kota-samarahan
⁽⁴⁾ www.theborneopost.com/2020/08/24/petra-jaya-hospital-project-currently-in-tender-evaluation-stage-deputy-health-minister
⁽⁵⁾ www.nst.com.my/news/nation/2020/01/556690/sri-aman-hospital-be-fully-operational-june

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: