Jalan² tengok matahari terbenam di Jambatan Darul Hana.

7 June 2020, 4:55 pm

Jalan² tengok matahari terbenam di Jambatan Darul Hana.

Jambatan ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki sahaja, merentasi Sungai Sarawak, menghubungkan Tebingan #Kuching dengan Pengkalan Sapi. Ia dibuka kepada umum pada 11 November 2017.

Dari Pengkalan Sapi anda boleh #jalan kaki ke bangunan DUN Sarawak. Ada rancangan untuk menyambungkan laluan pejalan kaki hingga ke Kampung Boyan, di mana anda boleh beli kek lapis Sarawak asli di sini.

Antara mercu tanda lain yang dapat dilihat dari atas jambatan ini adalah Masjid India, atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung Kuching, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Gunung yang kat belakang tu adalah Gunung #Serapi. Dapat juga dilihat beberapa buah perahu tambang menyeberang sungai.

Waktu petang² macam ni selalunya ada kapal persiaran river cruise yang membawa penumpang melihat pemandangan matahari terbenam di muara Sungai Sarawak.

Pin It Send

Hantaran sohor kini:

Jalan² tengok matahari terbenam kat jambatan Bintawa.

31 May 2020, 1:55 pm

Jalan² tengok matahari terbenam kat jambatan Bintawa.

Kat bandaraya #Kuching, kalau cuaca bagus, dapat selalu tengok pemandangan matahari terbenam yang cantik. Gambar ni diambil semasa saya memandu #kereta di atas Jambatan Tun Salahudin, #jalan arah menuju ke Masjid Darul Hana.

Pin It Send

Jalan² tengok gunung Serapi.

29 May 2020, 2:05 pm

Jalan² tengok gunung Serapi.

Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai – #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.

Di Gunung Serapi terletaknya menara pemancaran siaran TV dan radio. Menurut info dari #MyTV (myfreeview.tv/coverage), di sini juga terletaknya pemancar untuk siaran TV digital, tapi kami yang tinggal berdekatan sering mengalami gangguan siaran sampai beberapa saluran tak dapat diperoleh. Ada cerita juga kata stesen pemancar TV digital terletak di Gunung Gading kat Lundu. Kalau betul, patut la signal tak kuat 😩.

Ok, cerita pasal jalan pulak. Saya selalu pandu #kereta buat fun drive kat Jalan Singai – Matang ni sebab banyak selekoh² yang buatkan rasa mahu ambil kona baring. Selalunya saya bermula dari kawasan Kampung Kolong, kemudian keluar melalui Jalan Sungai Moyan. Kat jalan Sungai Moyan ni lah ada beberapa laluan lurus yang panjang, buat rasa nak memecut jak 🏎.

Tapi kalau nak lalu pemandangan nampak Gunung Serapi ni, kena jalan patah balik, dari Jalan Sungai Moyan ke Kampung Kolong. Di sini terdapat beberapa kampung kecil dan rumah² di sepanjang jalan, jadi kalau limpas kawasan banyak rumah atau simpang, kena perlahan sedikit, jalan pun tak berapa lebar. Sekurang²nya kualiti jalan bagus, dapat juga memecut & layan corner.

Jalan Singai – Matang ni hujungnya keluar ke jalan ke Bau, dekat kawasan Tondong. Saya sekarang jarang nak pandu sampai sini, sebab masih #MCO bersyarat, tak pasti kalau ada roadblock kat situ.

Pin It Send