Gambar² 360 ni saya dah ambil Oktober tahun lalu, tapi bertangguh nak upload sebab ada sebahagian daripada laluan taman ini yang saya tak sempat nak ambil gambar. Sekarang dah 3 bulan masuk tahun baru, baik upload saja dulu, nanti lain kali ambil lagi gambar untuk album di tahun lain.
Menurut cerita orang tempatan, #Simunjan mendapat namanya daripada komuniti pelombong arang batu sekitar hujung 1930-an, sebelum perang dunia ke-2 ⁽¹⁾.
Pantai ini merupakan pantai utama yang terdapat di #Bintulu. Kawasannya luas, ada 4 zon parkir kenderaan. Ramai penduduk tempatan datang ke sini petang² untuk beriadah, dan ramai juga sekadar berkelah dan melepak.
Taman ini juga dikenali sebagai tapak pesta kaul #Mukah. Pesta kaul adalah perayaan tradisi yang disambut orang Melanau setiap tahun ⁽¹⁾, asalnya bagi menenangkan roh semangat laut, darat dan hutan. Namun pada masa kini, perayaan ini disambut bagi mengekalkan tradisi temurun.
Kawasan pelancongan ini terletak di kawasan tanjung & teluk Marina Bay, #Miri. Kalau driving dari Bintulu, bila masuk bandar Miri, kat simpang traffic light yang jalannya dilapis dengan bata landskap, kat situlah jalan masuk ke Marina Bay.
Berbeza dengan Pantai Tanjung Lobang ⁽¹⁾, pantai ini mempunyai kemudahan yang baik & terjaga. Ada tandas awam di jalan masuk ke tempat letak kenderaan di sepanjang pantai ini.
Dulu² kalau ke #Miri, mesti ramai melancong ke Pantai Tanjung Lobang. Di pantai ini ada tanjung berbatu, yang mana pengunjung dapat berjalan dari pantai ke sana untuk bergambar & lepak² ambil angin.