Buka puasa cukuplah dengan buah-buahan saja 😇

wm_95554059_141092110793940_5121644326048235520_n.jpg

Khamis, 30 April 2020, 2:45 pm

Buka puasa cukuplah dengan buah-buahan saja 😇.

Beginilah juadah berbuka saya zaman ini. Bukan bermaksud waktu MCO ni susah nak dapat juadah bazaar, puasa tahun² sebelum ini pun saya berbuka dengan sedikit makanan saja.

Sunnah berbuka dengan makanan manis, jadi mesti ada kurma. Kurma madu Yusuf Taiyub ni dah jadi pilihan setiap bulan Ramadan, sebab isinya manis, lembut & lembab. Sesetengah kurma, jenis kira timbang terutamanya, ada yang kering & keras, manisnya pula ada orang kata ditambah gula.

Pisang ni pula untuk karbohidrat & alas perut. Selepas sungkai ni dapat terus solat Maghrib. Kalau dah nasi atau makanan berat, nanti rasa terlalu kenyang, nak bangun pun berat, sampai terlepas waktu hingga masuk Isyak.

Buat masa ni, saya makan malam selepas Maghrib, tapi perut masih lagi kenyang dengan pisang dgn kurma, jadi rasa bloated pulak. Kena tukar jadual ni, makan malam lepas Isyak, lepas tu eksesais, 2 reps 5 sets + last set 1 rep 😆.

MCO hari ke-44, puasa hari ke-7.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: