Kalau kena cirit-birit, baik minum susu probiotik

104469812_155156376054180_5801438577327452077_n.jpg

Jumaat, 19 Jun 2020, 5:30 pm1,915

Antara jenama minuman susu probiotik yang banyak di kedai adalah seperti Vitagen, Yakult, Solivite dll. Nama lain bagi minuman jenis ini adalah kefir susu.

Di dalam minuman ini mengandungi probiotik, iaitu kultur hidup Lactobacillus, yang diperlukan usus manusia untuk menjalankan fungsi penghadaman dengan sempurna.

Kalau usus tak cukup probiotik ni, itu yang boleh menyebabkan cirit-birit, tapi ia bukanlah satu²nya punca cirit-birit. Kalau penyakit berlarutan beberapa hari, pergilah ke klinik.

Makanan tempatan kita terutamanya jenis diawet seperti pekasam, jeruk, cencaluk, budu, tempe dsb. juga mengandungi banyak probiotik. Bagi yang kurang atau tidak makanan seperti di atas, sebaiknya amalkan minum susu probiotik. Saya sendiri mengambil Vitagen atau Yakult sebulan sekali ✌🏻.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/155156372720847/

Tulis komen: