Apabila berlaku tragedi mesti ada yang cuba bandingkan yang ianya tidaklah seteruk di Palestin

101835983_151247683111716_4996174398458167296_n.jpg

Jumaat, 5 Jun 2020, 1:10 pm

Apabila berlaku tragedi mesti ada yang cuba bandingkan yang ianya tidaklah seteruk di Palestin.

Mereka ni seolah² memperkecilkan perkara yang berlaku di Minneapolis, dan hanya tragedi yang berlaku di Palestin sahaja yang patut dikesian.

Sifat membeza²kan rasa simpati ni lebih kurang sama saja macam Zionis. Siapa yang tidak menyokong ideologi mereka akan diberi label² buruk, dikecam dan layak untuk diasingkan. Sedangkan apa yang berlaku pada manusia lain, pokoknya, itu manusia, dan anda juga manusia, tak patut dibeza²kan dengan apa kriteria sekalipun – warna kulit, agama, keturunan, kaum, paras pendapatan, paras rupa dll.

Apa yang berlaku pada George Floyd adalah sama teruknya dengan apa yang berlaku di Palestin. Yang bezanya di Palestin, pihak berkuasa dari negara lain datang menyeksa penduduk tempatan, walhal yang berlaku di Minneapolis, pihak polis negara sendiri yang membunuh rakyat sendiri. Mangsanya masih juga manusia.

Di Palestin, beratus ribu rakyat Palestin orang telah terbunuh sejak 1948, termasuk beberapa siri massacre yang berlaku, yang sehingga kini tidak mendapat pembelaan. Namun ini tidak mengecilkan magnitud tragedi yang berlaku di Amerika. Sudah ramai rakyat yang bukan berkulit putih telah mati di tangan kekejaman polis, antaranya seperti Eric Garner (2014), Breonna Taylor & Ahmaud Arbery (2020) ⁽¹⁾.

Di Palestin juga sudah lama berlaku protes membantah tindakan kejam pihak berkuasa negara luar (Israel) tapi mereka (rakyat Palestin) hanya mampu menggunakan batu, kayu dan botol kaca saja. Di Amerika, selain protes jalanan, mereka turut menggunakan kekuatan media masa & media sosial untuk menyaringkan suara protes mereka sehingga seluruh dunia.

Di negara lain seperti di Eropah, ramai yang telah mengalami situasi diskriminasi berdasarkan warna kulit, dan mereka turut serta dalam protes ini, kerana mereka merasa bersangkutpaut (relatable) dengan situasi tersebut. Bagi kes Palestin pula, tidak ramai generasi sekarang merasa hidup dijajah kuasa luar seperti zaman Jepun dan British menjajah negara kita dahulu, jadi ramai yang tak faham (empati).

Black lives matter adalah perjuangan orang Amerika dalam menuntut layanan adil menentang diskriminasi. Jangan pula campur aduk dengan perjuangan Palestin menuntut kemerdekaan, kena cari naratif sendiri.

⁽¹⁾ https://edition.cnn.com/2020/06/01/us/george-floyd-three-videos-minneapolis/index.html

Kandungan berkaitan:

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.