Kedai Giant kat Kuching kalah dengan supermarket local
Isnin, 26 Oktober 2020, 2:30 pm1,806
Kedai Giant kat Kuching kalah dengan supermarket local.
Sejak mula #MCO dulu, dalam bulan April, semua #pasaraya #Giant kat Kuching dah tutup.
Giant Tabuan dah jadi Emart Tabuan. Giant Padawan ada dengar cerita nak jadi Everrise, tapi setakat ni hanya ada mural baru dilukis kat dinding bangunan.
Giant Semariang ni pula belum ada berita akan diambilalih oleh supermarket mana. Dulu di sini ada kedai Choice Super Mall, tapi sekarang kedai Choice Supermarket dah kembali, kat lot kedai baru di sebelah ni, Semariang Center.