Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

2 biji SD card dah di-‘makan’ dashcam ni 🥵

132051754_216817823221368_1952850705968545427_n.jpg

Ahad, 20 Disember 2020, 5:05 pm0

Mula² SD card yang datang bersama pakej ni. Pakai sekejap pastu terus nampak paparan kat dashcam ‘memory error’.

Lepas tu beli lagi SD card baru. Lepas pakai beberapa minggu, sama jugak ‘memory error’. Bila cucuk card dalam komputer, komputer tak dapat detect langsung card.

Kalau nak kata disebabkan panas dalam kereta, saya ada dashcam lama yang pemegang asalnya dah patah. Terpaksa guna pemegang phone, hasilnya video dashcam kuat bergegar 😬.

Tu yang beli dashcam baru. Tapi yang baru pulak mungkin komponen elektronik tak tahan panas. Saiz dashcam dah ok, kecil & compact daripada dashcam lama yang bentuk & berat dah macam phone 4-inci.

Terpaksalah guna dashcam lama balik, tak lama lagi nak pergi long distance trip, wajib ada dashcam. Nak tahu ke mana, kena follow page ni, bulan depan bolehlah tengok content² baru hasil dari trip ni 👍.

SD card sebelum ni saya beli 32GB dapat RM45, bila cari² card ke-3, ada kedai jual harga dekat RM100, apuu 😵.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/216817816554702/

Tulis komen: