Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Formasi batu kepala singa pulak dijumpai di Pantai Tusan, Miri

Selasa, 5 Januari 2021, 11:40 am0

135367264_226724932230657_763717014374472049_n.jpg

① – Kali terakhir saya ke Pantai Tusan adalah pada 2016. Waktu tu belum ada apa² binaan di sini kecuali gerai² kecil yang dibina menggunakan kayu & buluh. Di tebing tinggi tepi pantai pula hanya ada bangku papan.

134761969_226724968897320_7574413553727746369_n.jpg

② – Sekarang dah ada bangunan besar baru, projek rakyat kerajaan Sarawak. Nampak sangat berbeza & moden, nampak lebih ‘upmarket’. Saya ingat nak turun ke pantai, tapi terdapat beberapa ekor anjing liar berkeliaran, takut pulak kalau ada rabies 😱.

Ada yang kata pembangunan inilah yang jadi penyebab formasi batu kepala kuda runtuh bulan Februari tahun lalu. Wallahualam, benda yang dah jadi, maka jadilah ia 😎.

135513026_226725012230649_6178957587966060936_n.jpg

③ – Berdasarkan papan maklumat projek, projek ni dijadualkan siap bulan Mei tahun lalu, tapi kawasan letak kereta belum buka lagi. Kedai² pun belum ada apa lagi.

Sesetengah pengunjung memandu menggunakan laluan bertanah yang ada di sekeliling bangunan ini untuk ke pantai. Saya tak ikut pun, takut kereta tersangkut, tak ada 4WD 😅.

135752205_226725052230645_676084479400975747_n.jpg

④ – 4 tahun lalu, saya datang waktu tengahari terik, tak dapat nak jauh hingga ke formasi batu kepala kuda. Hanya dapat tengok dari jauh saja (anak panah).

Baru² ni, formasi kepala singa pulak dijumpai ⁽¹⁾, lokasinya kira² 30 minit berjalan kaki dari kepala kuda. Nak ke sana hanya dapat pada waktu air surut, kalau waktu pasang atau laut bergelora, tak dapat nak berjalan kaki di kawasan pantai.

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/12/31/newly-discovered-lions-head-rock-formation-set-to-draw-visitors/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/226725078897309/

Tulis komen: