Stesen Petronas baru di Lachau + harga petrol minggu ke-2 Januari 2021
Sabtu, 9 Januari 2021, 9:05 am0
Pada awal tahun 2015, kami sekeluarga balik kampung dari Kuching ke Limbang dengan memandu. Saya memandu Myvi kuning, bapa saya memandu Kembara, gerak berasingan. Dari Kuching kami ke Ensebang untuk bermalam sebelum memandu terus ke Miri keesokan harinya.
Saya ingat lagi hari tu kami mulakan perjalanan awal pagi. Tapi Kembara bapa saya dah nak kehabisan petrol, lalu berhenti di Lachau. Waktu tu, hanya ada stesen petrol Shell kecil yang ada satu pam minyak saja. Dan disebabkan awal pagi, stesen tersebut belum lagi buka, jadi kena tunggulah tokey buka kedai .
Sekarang Lachau dah ada stesen Petronas baru yang besar & standard macam kat bandar. Nak bayar guna kad pun dapat, tak perlu tunggu tokey buka kedai lagi.
Tak tau kat mana Lachau? Ia adalah pekan terletak di dalam #jalan #PanBorneo ke #Simanggang, kira² 85 km dari #Serian. Jangan salah sebut nama tempat ni, ada yang jeling² nanti .
RON 95 – 1.84 (0.00)
RON 97 – 2.14 (0.00)
Diesel – 2.12 (+0.01)
Cara guna dobi layan diri oleh seorang noob
8 Januari 2021