Nama baru kedai Tesco di Sibu, Daesco @ Star Mega Mall 😅

149751728_258397225730094_339471732240065189_n.jpg
153050167_258397202396763_1169553702127496478_n.jpg

Ahad, 28 Februari 2021, 3:40 pm2,413

Lokasi: Star Mega Mall. Kalau memandu dari Bintulu, menuju ke pusat bandar , selepas simpang Hospital Sibu, ia berada di sebelah kiri. Banyak tempat parking umum di sekitar shopping mall ni.

Star Mega Mall merupakan hypermarket terbesar di kawasan tengah Sarawak ⁽¹⁾. Kat sini boleh dikatakan semua kategori barang nak dicari boleh jumpa – kedai makan, kedai elektrik, kedai phone, kedai hardware, kedai mainan, kedai souvenir, farmasi, tempat cucuk duit, tempat buang air, macam² ada 😆.

Daesco merupakan penyewa utama (anchor tenant), terletak di tingkat 2 & tingkat 3. Tingkat 2 adalah hypermarket, menjual barang² dapur & barang peralatan rumah. Tingkat 3 adalah deparmental store, menjual pakaian, beg, aksesori dll.

Hypermarket ni siap pada 2011. Biasanya saya ke Sibu, hanya singgah bermalam & tak masuk pusat bandar. Tu yang rasa macam tak pernah dengar shopping mall ni. Sekali dah sampai, lain kali hanya nak singgah sini saja kalau nak beli apa² barang keperluan 👍🏻.

⁽¹⁾ https://www.thestar.com.my/news/community/2010/08/11/mega-mall-for-sibu-next-july

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/258397262396757/

Tulis komen: