Sesat di kawasan kilang di Bintulu 😱

150953340_259044938998656_2480003989882909134_n.jpg

Isnin, 1 Mac 2021, 6:00 pm949

Ceritanya waktu kat hari tu saya nak cari Kidurong Tower. Kalau search kat Google Maps, boleh jumpa dekat dengan Shell MDS.

Mula² salah simpang masuk ke Shell MDS. Pastu bila masuk lorong yang betul, tu nampak macam dah bertahun² tak digunakan. Berlubang sana sini, rumput tumbuh panjang di tengah jalan, pastu ada pokok tumbang sampai tak boleh nak lalu.

Bukan saya sorang yang sesat guna jalan tu, ada sebiji lagi Saga kat depan yang mungkin sama juga nak survey² jalan ke Kidurong Tower 😅.

Bila tak dapat guna jalan tu tadi, saya cari jalan lain. Dekat dengan kilang Serba Dinamik. Tapi jalan ke kilang tu tak boleh masuk, ada guard jaga, bukan jalan umum (public road).

Hujung² saya off Google Maps, pastu jalan saja sukati sampai lah berhenti di kawasan dalam gambar. Tak pasti kilang apa kat sini, mungkin salah satu kilang Shell atau Petronas 🤷🏻‍♂️.

Keluar dari kereta, kedengaran bunyi mesin dalam kilang macam bunyi enjin kapal terbang. Berjalan² kat tempat parking tu rasa macam berjalan kat runway airport. Boleh pulak terfikir nanti ada kapal terbang landing takut kena langgar 😆.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/259044958998654/

Tulis komen: