Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Taman Panorama Benak, Simanggang

151530777_252788886290928_4581445430732039056_n.jpg

Jumaat, 19 Februari 2021, 2:05 pm0

Benak merupakan fenomena ombak di sungai, yang berpunca daripada air pasang yang naik dengan cepat dari laut, ke muara, hingga ke hulu sungai, sehingga menghasilkan ombak 🌊.

Fenomena unik ini hanya terdapat di 65 tempat di seluruh dunia, termasuk 4 tempat di Sarawak, iaitu Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Samarahan & Batang Saribas ⁽¹⁾.

Dulu waktu sekolah rendah saya tinggal kat Gedong, dekat dengan pertemuan Batang Sadong & Batang Skrang, selalu dengar bunyi ombak semasa air pasang, sehinggakan dari bilik darjah di sekolah rendah kami nampak air ombak benak di sungai.

Taman Panorama Benak ini dibina bagi menempatkan pengunjung yang datang untuk menyaksikan pesta benak tahunan yang biasanya diadakan pada bulan Mei ⁽²⁾. Cuma tahun lalu tidak diadakan sebab kubit~ 🦠.

Walaupun begitu, masih boleh datang ke sini untuk tengok² tempat, ataupun secara maya (virtual tour) melalui album ini:

⁽¹⁾ https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/25/sri-aman-jadi-tumpuan-pengunjung-dengan-bermula-pesta-benak-2019
⁽²⁾ https://sarawaktourism.com/blog/watching-the-tidal-bores-in-sri-aman-sarawak-malaysia/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/252788902957593/

Pingback: Jalan² tengok Gedong dah maju 😂

Tulis komen: