Jalan² tengok matahari terbenam kat Tasik Biru, Bau
Selasa, 16 Mac 2021, 10:55 am0
Hujung tahun lalu, telah diadakan sambutan bicentennial, 200 tahun sejarah pekan Bau ⁽¹⁾. Monumen berwarna krom dengan keratan bentuk burung ini melambangkan kebebasan dan keharmonian 3 kaum utama di #Bau, iaitu Bidayuh, Melayu dan Cina.
Ramai penduduk pergi berjoging di sekitar tasik ini waktu petang. Selain duduk² di tepi tasik tengok matahari terbenam, boleh juga duduk² kat gerai makan yang banyak terdepat di food court berdekatan dengan monumen ini.
Pemandangan imej langit yang dipantul oleh permukaan air tasik ni cantik betul, macham chermin~ .
Nak parking kereta pun senang, ada ruang parking luas disediakan kat depan food court & tepi tasik. Kat sini pun best jugak kalau nak berhenti rehat & makan² lepas buat fun drive guna #jalan Jambusan-Semadang ⁽²⁾ dari kawasan Tapah & Padawan.
⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/12/27/bau-to-celebrate-bicentennial-dec-31/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/02/pkpb-di-sarawak-dilanjutkan-hingga-1-3-2021/